Jumaat, 2 Oktober 2009.
Kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi Jordan yang hampeh
nie. Ishh, bumi anbiya’ nie. Tanah Sham. Suka hati jer cakap hampeh.
Masa mula-mula sampai nie memang aku noob gila. Boleh
dikatakan si kosong. Mana tak nyer, aku tak tahu bahasa arab Jordan yang
completely different ngan Arabic standard. Then aku tak tahu langsung pasal
currency kat Jordan dan macam mana climate dia. Yang aku tahu cuma kat Jordan
nie ada salji. Itu saja!
Time sampai memang aku ngah sedih gila sebab kena berpisah
dengan sahabat baik aku. Sepatutnya aku study medic kat Alexandria, Egypt tapi
ada problem dengan Kementerian Pengajian Tinggi aka MOHE. So, terpaksalah aku
ikut order dari pihak atasan untuk posting ke Jordan. Semua lima orang
including aku terpaksa transfer dari Alex ke Irbid. Things happened macam aku
nie dah join army dah!
Ustaz Arman (kalau tak silap), pegawai embassy ke EMJ ntah, jemput
aku kat airport. Time nie aku berdua ngan Bird sebab lagi tiga dah sampai awal.
Still sayu terasa sebab tak dapat satu university ngan Kimi, my best friend.
Lepas check out, Ulya plak sambut aku macam aku baru balik umrah. Nasib baik
ada skuad aku sorang nie kat Jordan, kalau tak, haram aku setuju nak datang.
Lepas selesai semua urusan kat airport, Ulya dan abg senior bawak aku gi rumah Ustaz
Sulaiman, salah sorang pegawai besar kat sini. Time tue kalau tak silap hari
Jumaat, dan still dalam bulan syawal. Lepas beraya ngan ustaz, makan2 sket,
then gi solat Jumaat. Terubat rindu tak dapat beraya ngan sanak sedara kat
Malaysia.
Then, kami bertolak ke Irbid. Sampai kat Irbid, lepak kat
rumah MINDEF lama, rumah yang jadi sarang aku hibernate sepanjang winter tahun
2009.. Nie la rumah aku, arwah Lan, Danial dan Amar for our first year. Satu
permulaan yang diiringi dengan kesedihan..
No comments:
Post a Comment