Rakan Bloggers

Friday, February 25, 2011

Doktor Lulusan Overseas Tak Cekap? - Part IV

Apa pendapat korang pasal solusi baru kerajaan neh? Macam menarik..

Tapi bila fikir balik, sebagai pelajar perubatan overseas, macam mana pendapat korang?

Baru lepas grad, kita still fresh kott.. Mintak-mintak la dimudahkan segala urusan bila dah balik nanti yer (lambat lagi aku nak habis).

Dari jejak kaki kat KLIA, sampai la habis 'housementship', harap semua berjalan lancar..

(Mintak2 la exam neh tak susah)


Peperiksaan standard untuk semua doktor lulusan luar negara

2011/02/25

JAKARTA: Kementerian Kesihatan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan satu peperiksaan standard bagi semua lulusan perubatan dari universiti luar negara dalam usaha mengatasi masalah pengiktirafan terhadap kursus kedoktoran yang mereka jalani.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pegawai kementeriannya sedang meneliti perkara itu dalam pindaan Akta Perubatan yang kini sedang dalam peringkat akhir penyediaan draf pindaan itu.

"Hanya dengan menduduki satu peperiksaan yang standard dan kemudian menjalani tempoh latihan selama dua tahun, doktor lulusan mana-mana universiti luar negara akan diiktiraf dan mereka boleh menjalankan praktis sebagai seorang doktor," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Liow berkata rang undang-undang pindaan akta itu diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada tahun ini, namun beliau tidak dapat memberi kepastian secara tepat bila ia dapat dibentangkan.

Beliau berkata Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sebelum ini juga mencadangkan supaya diperkenalkan kaedah peperiksaan yang standard itu sebagai jalan keluar kepada masalah pengiktirafan terhadap universiti-universiti yang mengendalikan kursus perubatan.

Pada masa ini, Malaysia telah mengiktiraf lebih 300 universiti di luar negara yang mengendalikan kursus perubatan dan proses memberi sesuatu pengiktirafan itu mengambil masa yang panjang.

"Kita ada jawatankuasa bersama, ada MMC, Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) dan Kementerian Kesihatan (MOH) yang bertanggungjawab memberi pengiktirafan.

"Apa yang diamalkan sekarang ialah jawatankuasa ini akan buat lawatan ke universiti-uiniversiti berkaitan untuk melihat subjek dan kurikulum dan MMC kemudian akan memberi akreditasi," katanya.

Liow menjelaskan bahawa cadangan dalam pindaan Akta Perubatan itu akan menetapkan semua lulusan kursus kedoktoran, sama ada yang telah mendapat pengiktirafan atau belum diiktiraf supaya menduduki satu peperiksaan yang standard bagi menguji pengetahuan dan kebolehan mereka.

Beliau tidak menolak kemungkinan adanya pihak, khususnya lulusan universiti ternama di luar negara, yang akan mempertikai keperluan peperiksaan itu namun ia bukan perkara yang perlu mereka khuatirkan kerana jika mereka benar-benar berkualiti, peperiksaan itu bukan merupakan masalah.

Mengenai masalah pengiktirafan Malaysia yang belum diberikan kepada Universiti Negeri Surakarta 11 Maret, Solo, Jawa Tengah, Liow berkata beliau sudah meminta pegawai kementeriannya melihat perkara itu.

Liow berkata beliau tidak mengetahui di peringkat mana proses pemberian pengiktirafan itu dan menjelaskan bahawa kelulusan di pihak kementeriannya boleh diberikan jika syarat-syarat yang ditetapkan telah dipenuhi.

Sejumlah 26 pelajar dari Malaysia, sedang menuntut di Uni 11 Maret, Solo, dan kumpulan pertama tujuh pelajar Malaysia seramai enam orang telah menamatkan kursus Sarjana Muda Sains Perubatan dan sedang menjalani tempoh latihan di Hospital Dr Moewardi, Solo.

Pengerusi Tetap Pusat Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Mohd Nazaluddin Mat Nazir, berkata Uni 11 Maret berada pada kedudukan keempat daripada ratusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Indonesia dan fakulti perubatan di universiti itu berada pada kedudukan kelima daripada seluruh IPTA di Indonesia.

Uni 11 Maret juga terdaftar dalam Direktori Avicenna, yang menyenaraikan sekolah perubatan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini memberi alasan menangguhkan pengiktirafan untuk Uni 11 Maret itu beberapa tahun lalu kerana akan memperkenalkan peperiksaan standard untuk doktor lulusan luar negara, namun dalam tempoh itu ia telah memberi kelulusan kepada beberapa universiti di Poland dan Austria dan tidak memberi keutamaan kepada Uni 11 Maret," katanya.

Mohd Nazaluddin, yang juga salah seorang pelajar kumpulan pertama universiti itu berkata semua pelajar Malaysia di situ merupakan pelajar yang membiayai sendiri yuran pengajian mereka.

Pihaknya memperjuangkan untuk mendapatkan pengiktirafan itu kerana ia merupakan syarat untuk mereka memohon mendapatkan pinjaman pelajaran atau biasiswa.

Sebelum ini, lebih 30 pelajar Malaysia menuntut di universiti itu namun bilangan itu berkurangan sebab ada yang sudah tidak mampu nenanggung pembiyaan yang begitu tinggi, katanya.

Daripada kumpulan itu, ada dua pelajar dari Selangor mendapat bantuan pelajaran Baitulmal Selangor dan ia boleh meringankan beban perbelanjaan mereka. - BERNAMA

3 comments:

  1. Bagi aku yang sudah bergelumung 6 tahun dalam alam Medik merasakan setiap negara ada cara mereka masing-masing.

    Actually, memang kebanyakkan universiti dekat oversea memang tak boleh nak touch 100%. Macam contoh ko tengah posting OnG, bukan senang nak buat vaginal exam dekat perempuan Arab. Sebab culture issue. Diorang agak menjaga bab-bab ni. Tapi, kalau ko Malaysia, final year student tu dah macam doktor dah. Siap ada buku log kena penuhkan. Lagi satu kita orang luar, biar lah kadang isu racism. Payah nak buat exam. kadang-kadang, bukan selalu. Cuma balik Malaysia after kerja sebulan dua insyaAllah nak praktikkan ilmu jadi senang. Sebab ilmu praktikal akan dapat sekejap lepas latih berkali-kali dengan berbekalkan knowledge yang kuat.


    Apapun, secara kasarnya ramai yanga mbil Medik dibawah tajaan JPA, MARA, RMC atau badan-badan rasa okeh. Sebab memang sudah disaring daripada awal berbanding student private. Cuma, student private yang masalah mungkin tak banyak. Tapi, itulah orang kabo, kerana nila setitik rosak susu sebelangga.

    ReplyDelete
  2. Betul gak dr mun cakap tuh..

    Kadang2 culture issue nie bukan leh dipandang ringan sebab culture nie la yg buat sesuatu bangsa tue unik. Culture juga bukan sesuatu yg senang utk di ubah kalo mindset dah mcm tue dari kecik. Memang diorang tak kan kasik lelaki pegang punya la, lagi-lagi orang ajnabi macam kita neh.. Kalo ya pun dah tak da dr pompuan, bangsa sendirik la pilihan utama diorang.

    Tapi bro, kalo kita balik malaysia plak macam mana? Ada ke peluang untuk belajar?

    TQ bro kongsi pengalaman dan pendapat..

    ReplyDelete
  3. Boleh sangat. Once, ko ada knowledge tak susah mana nak praktik ilmu. Practice makes perfect.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...