Rakan Bloggers

Saturday, March 26, 2011

Integriti Dalam Pemahaman Mudah..

Integriti..
Skop amat luas. Segala benda boleh dijadikan contoh. Tapi konsep yang sama.

Income yang sama, outcome pun sama..

"Integrity is doing the right thing, even if nobody is watching." 
Nie equation aku: 

Integriti= Kejujuran     

Income= Amanah     Outcome= Kepercayaan

Kejujuran + Amanah = Kepercayaan

"Integrity is conforming reality to our words - in other words, keeping promises and fulfilling expectations."
R Covey

Nak kasik clear, aku ada contoh untuk korang..


Cuba imagine ada sorang neh, (mamat ke minah ke tak kesah la..) cerita masalah kat korang..
Then, baik punya cerita, dia pun trust la kat korang..
Dia pesan, "Weh, segala cerita nie antara kita tau, jangan cerita kat orang lain. Wa caya sama Lu"
Apa yg korang buat?

Hah..

Kalau korang jenis gred A, korang akan simpan sorang-sorang. Kat sapa pun korang tak akan gitau.. Boleh masuk group aku.

Kalau gred B plak, korang simpan jugak tapi cerita kat anak bini mak ayah tok nenek..

Kalau gred C, korang cerita kat kawan baik korang. Then kawan baik korang cerita kat kawan baik dia dan berterusan. Jadilah game "Telefon Karat"

Kalau gred D, korang cerita kat kawan-kawan korang yang tak kenal mamat or minah tadi. Then tersebar la 
bak intenet Wireless.

Kalau gred E, (hah nie jenis kain buruk..) Tak payah cerita kat makhluk macam neh. Haram tak sampai sesaat satu dunia dah tahu sebab dia letak kat semua media gosip yg dia ada.. FB, Tweeter, Blog, Vlog n pe kebende lagi lah..

Cuba korang imagine lah kan,
kalau korang ada masalah,
kat sapa korang nak cerita?
Nak ke benda yang sama jadik kat korang?

Nak ke orang label kita tak boleh harap? Bila dah kena label, confirm tak ada sesapa percaya dah kat kita. Then, kalau kita perlukan sesapa nak cerita masalah, kita nak ke orang tue menjaja kat seluruh benua?

Please la, kalau tak ada integriti atau kejujuran memang tak ada sapa nak percaya kat kita.. Ye idok?
Nie belom amik kira lagi kes orang kasik kita pegang amanah syarikat, pegang Top Secret Kerajaan, pegang duit rakyat.. (oppss, pemegang biasiswa mcm aku dikira tak?).

Senang cerita, tanpa Integriti, muncullah WikiLeaks..
Tapi kalau korang dah kena jadik perisik lain cerita pulak la..

2 comments:

  1. equation sivik akhlak moral kau bagi tu! :) like. like. like.

    ReplyDelete
  2. equation sivik..
    hehe =)
    ntah tiba2 dtg idea nk wat equation..
    okey tak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...