Rakan Bloggers

Sunday, March 27, 2011

Sejarah Bangsaku Di'Edit' atau Dipadam oleh Mereka.. Mengapa?

"The Untold Truth"
or
"The Deleted Truth"

Adakah sejarah yang kita ketahui seratus peratus benar?
Mungkin kerana kita mempunyai sejarah ketamadunan yang gemilang, atau kerana kita mempunyai semangat juang yang tinggi, sejarah kita mungkin telah dipadam oleh mereka. Siapa mereka? Mereka yang datang dengan membawa slogan 3G (Gold, Gospel, Glory). Si penjajah berpaksikan perang salib. Yang ingin menyebarkan fahaman mereka dan mungkin menyebarkan sesuatu yang tidak kita ketahui. Portugis, British dan sekutu-sekutu mereka.

"Sesiapa Yang Melupakan Sejarah Mungkin Kembali Mengulangi Sejarah Itu"
Tun Dr. Mahathir



Mengapa sejarah kita dipalsukan? Atau ditukar?
Agar mentaliti rakyat kita kurang daya saing dan alpa akan kemegahan terhadap bangsa kita dulu yang pernah menjadi salah satu kuasa besar di dunia. Agar jika kita lupa akan sejarah, kita akan lupa akan kesalahan para nenek moyang kita. Dan apabila kita lupa, kita akan mudah mengulangi kesalahan yang sama atau lebih teruk lagi. Ingatkah kita akan kegemilangan kota Melaka?

Mengapa saya kata sejarah kita dipalsukan?
Cuba lihat pada kota Melaka yang kita ketahui. Adakah sama dengan gambar ini?
Lakaran semasa Kota Melaka diserang Portugis.
-Lisbon, Portugal-
Banyak lagi sebenarnya yang telah dicapai oleh bangsa kita namun mungkin telah diedit atau dipadam. Tiada sebab yang khusus dapat menjawab persoalan mengapa mereka berbuat sedemikian. Tidak dinafikan kita telah mencapai satu tahap yang amat membanggakan suatu ketika dahulu, sehinggakan Bahasa Melayu Melaka menjadi bahasa antarabangsa. Persoalannya, mengapa?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...