The last post in this series..
Ikrar seorang pengamal perubatan dari segi islamik.
Nie la yang sepatutnya diterapkan dalam diri kita sebagai seorang Muslim..
Sebagai pengenalan kepada semua medical students yang akan bergelar 'Muslim Doctor'
Declaration of Kuwait, 1981. source: Perubatan.org |
Sila klik "read more" untuk view ikrar "Muslim Doctor" dalam Bahasa Melayu..
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Dengan nama Allah yang amat pemurah lagi amat mengasihani
Saya bersumpah demi Allah Yang Agung
Bahawa saya akan mengingati Allah di dalam menjalankan tugas saya
Bahawa saya akan melindungi nyawa manusia disemua peringkat dan di dalam semua keadaan, melakukan dengan seberapa daya saya untuk menyelamatkannya dari maut, penyakit, kesakitan dan kegelisahan.
Bahawa saya akan menjaga kehormatan semua orang, melindungi perkara-perkara peribadi dan mengunci rahsia mereka.
Bahawa saya akan sepanjang masa memperhambakan diri kepada belas kasihan Allah, memberikan khidmat perubatan saya kepada yang dekat dan yang jauh, yang baik dan yang berdosa serta kawan dan lawan. Bahawa saya akan berusaha di dalam mengejar pengetahuan dan menggunakannya untuk manafaat dan bukan untuk merosakkan manusia.
Bahawa saya akan menghormati guru saya, mengajar doktor dibawah saya dan menjadi saudara kepada pengamal perubatan lain dan bekerjasama di dalam semangat ketaqwaan dan kebajikan.
Bahawa saya akan menghidupkan keimanan saya semasa berseorangan atau dikhalayak ramai, mengelakkan perkara yang boleh mencemarkan saya pada pandangan Allah, RasulNya dan orang beriman yang lain. Semoga Allah menjadi saksi kepada ikrar ini.
Kredit kepada website Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia, http://www.papisma.org/
No comments:
Post a Comment