Rakan Bloggers

Saturday, March 12, 2011

Mengapa Sukan Malaysia Tak Power? (Part-I)

Kat sini aku tak nak sentuh pasal game yang melibatkan tangan dan game perseorangan seperti badminton, skuasy, or bowling.. Korang pun dah sedia maklum kan.Tapi aku nak sentuh sports lain. Contohya basketball, ragbi dan game paling famous, bola sepak ..


Korang penah fikir tak kenapa USA walaupun 'buta huruf' dalam bola sepak tapi still leh masuk final World Cup 2010 hari tue?

Aku tak nak cakap banyak-banyak. Aku nak sentuh satu point jer hari nie. Next point kat next post plak, dalam tajuk yang sama..

Point: 
Mentaliti Masyarakat Malaysia itu sendiri..!


Penah tak korang dengar mak bapak nasihat anak-anak diorang macam neh?

"Mat, ko nie tak abis-abis ngan main bola ko. Wakil sekolah, wakil daerah, wakil negeri. Bila besar ko nak jadi pemain bola ke? Berapa sangat ko boleh dapat? Main bola kat Malaysia nie bukannya macam main kat EPL sana tuh, boleh jadi jutawan. Dah, lebih baik ko gi study. Dah besar jadik doktor ke peguam ke, dapat gak ko sara anak bini ko kalau yer pun dah tak nak ingat kat mak bapak.."

Nasib baik la mak aku dulu nasihat macam neh..

"Pada ko main bola yang tak ada future kat Malaysia neh, lebih baik ko main skuasy. Tak payah la pasang niat nak gi centering kat KL tue. Dah la jauh.. Gi sambung study!"

Aku still teringat dialog zaman sekolah rendah dulu,

"Cikgu, saya nak borang sekolah sukan dua"
"Ko nak wat pe sampai dua?"
"Satu untuk saya, satu untuk kawan"
"Nah, borang nie untuk kawan ko. Untuk ko borang SBP"
"Terima kasih cikgu"

Nie la antara 'asbab' nyer.. Mentaliti masyarakat kita sendiri.. Mentaliti sebenarnya melemahkan kualiti sukan kita. Kalau kita tak hakis mentaliti macam nie, sampai bila-bila la impian nak ke World Cup sekadar angan-angan. Kerajaan pun satu.. Dah tawu mentaliti rakyat macam neh, buat la something.. 

pss: Penah tak korang tertanya kat mana player 'STAR' zaman sekolah pergi mana?

Next Point: 
Biasiswa Untuk Atlet Terlalu Limited!
Dalam:
Mengapa Sukan Malaysia Tak Power? (Part-II)

2 comments:

  1. betul gak, malaysia belum betul2 bangunkan bola sepak dari kecil..bila nak mula ntah~

    ReplyDelete
  2. betul tue bro..

    tapi kalau development program banyak tapi mentaliti macam nie pun payah gak..
    kita have to change the way of thinking.

    Kalau dari mula dah anggap tak ke mana, memang tak ke mana la..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...