Rakan Bloggers

Friday, September 30, 2011

Tips Study Last Minute



Post kali ini for Izreen yang tanya tips study minit-minit terakhir nie.  
Namun, kepada korang yang lain, aku tak galakkan untuk study last minit sebab sekarang aku dah terkena tempias bad habit nie.

Diharap dapat membantu..

Short notes / slides amatlah crucial especially if time left dah tak banyak..

Pre Study:
Mind set: tak ada benda yang lebih penting dari study!
Rancang dengan sebaiknya strategi nak hadapi exam.
Sediakan segala keperluan study.

Study:
Baca nota ringkas/mind map/slides dulu.
Jangan kelam kabut nak habiskan setiap page.
Jangan stress.

Post Study:
Buat soalan dan review kesalahan.

Jangan buang masa.. Jaga tidur, pemakanan dan kesihatan..
-> nasihat standard la.. tapi amatlah benar!

Nota: Ini sekadar tips secara brief.. Elaboration panjang lebar dah siap tapi dah jadi macam berleter plak, dan akan menyusul nanti. =)

Thursday, September 29, 2011

New Bruno Mars Single- It Will Rain

Berita baik kepada kipas susah mati brader Bruno Marikh macam aku!

Aku baru balik dari singgah laman berhabuk dan bersawang brader suara macho neh.

Check it out what I found!


Lagu baru beb!

"Hari Nak Hujan".

So, sila angkat kain jemuran sebelum basah kuyup kat 4 Shared..

Kalau rasa link tue dah kena blocked sebab hak cipta terbela,
boleh la layan seround dua puluh satu kali kat YouTube..

Nota: link 4Shared tue sekadar berkongsi mp3 yg aku dah rembat. Kalau nak view video, boleh la klik link YouTube tue.. sekian..

Wednesday, September 28, 2011

Hari Nie Aku Belajar Pasal Jin..



Okies, weekend aku dah bermula; starting from tonight!

Minggu nie aku berjaya setelkan tasjil (register) subjek utk sem musim luruh tahun nie. 
Lectures ngan labs semua aku berjaya susun sesuka hati aku 
dgn mengeksploitasi kebaikan vice dean med school.. 
Hahahahaha -> gelak setan merah..

Sandstorm yang dah kurang kritikal. Tapi still merah mcm emission dalam game S.T.A.L.K.E.R.

So, hari nie pun aku dengan semangatnya sampai tak tidoq malam sebab nak pi kelas punnnn. Namun, kusangkakan cerah sampai ke petang, rhopenyer sandstorm pulak tengah hari. Akibat ngantuk tahap cipan, aku pun lepak dalam hall dan dengar lecture genetics dengan begitu tekun sekali.

Lecturer tue ngajar genetics. Dia cakap genes tapi aku dengar JIN.. adoyai.

Oh, dun get jeles. Sesungguhnya gambao kat permukaan atas adalah lakaran bebas jari-jari dominant aku sendirik dalam lecture hall tadi.

Nota: Kelas aku start hari Ahad. Sebab tue la habis awal. Hari ahad 8.15 pg till 5.15 ptg, opis hour!

UEFA Champions League Full Result- 27 Sept 2011




UEFA Champions League Group Stage- Matchday 2 (27 Sept) Full Result


Source: UEFA.com

Nota: Aku miss tengok live match hari nie.. Damn!

Tuesday, September 27, 2011

127 Hours: the sequel… in real life!


Warner Bros Pictures ngan Hand Made Films maybe tak perlu nak bersusah payah perah otak sampai kering kontang untuk buat sequel kepada filem (Oscar nominated) yang amat gempak dan best, 127 Hours.


Awal minggu nie, Hapless (nasib baik tak Hopeless) Amos Wayne Richards, seorang pak cik yang berumur 64 tahun, still fit, kurang berakal dan berasal dari Concord, North Carolina telah berjaya survive selama empat hari di tempat yang sama Aron Ralston kehilangan tangan, Little Blue John Canyon.

Little Blue John Canyon???

Sebab apa aku kata sekuel kepada filem 127 Hours?
1st, sebab idea gila nie terhasil time dia tgk movie tuh.
2nd, keluar rumah tak bagitau sesapa. -> perangai aku neh!
3rd, seriously injured too.. (leg injury + dislocated shoulder)
4th, terputus hubungan ngan orang luar.
5th, evacuated thru helicopter.

Yang bezanya dia tak perlu potong kaki dia yang injured tue mcm 127 Hours part 1. Muahahaha 
->Kira tak dramatic la sangat berbanding Aron Ralston kena potong tangan guna pisau
Inspirational: Amos Wayne Richards was trying to emulate Aron Ralston in 127 Hours.
Read full article kat sini..

Nota: Haha, aku pun teruja gak time tengok filem tue. Rasa macam nak buat gak one day.. Malaysia ada Canyon tak? =p

Monday, September 26, 2011

He Maybe Totally Utterly Mad!


Apa yang korang boleh buat dengan minum RedBull?
.....
.......
  • -          Marathon study 24/48 jam sebelum exam final 
  • -          Satu energy shot before main bola/ragbi/basket/lumba kat arked n bla bla bla…….
  • -          Skydive through a mountain cave in a jumpsuit!!


This is what we call with epinephrine injection!
( Epinephrine tue istilah untuk adrenaline dalam bahasa medic la chek oiii)

Ok, sebenarnya aku tak tau mamat nie makan hapa sampai kepala hotak jadi bengong sangat nak try benda macam nie. Nasib baik tak langgar bukit gunung tue.. Kalau tak, memang headline dia macam nie

“Stupid stuntman died in an attempt to fly through mountain cave; sponsored by RedBull”

Revision 4 medic students: Epinephrine structure

Nota: dua point kat atas tue meme keja aku sama itu RedBull.

Friday, September 23, 2011

Sedang Membuang Sawang..

Haha, lama giler tak update blog nie. Sepanjang aku kat Malaysia jangan harap la aku nak update blog. Banyak lagi kerja lain nak dibuat. Yer la, kat sini nak gi mana, kereta pun tak dak. Lepak kat rumah ngan university jer la jawabnyer selain tido.

Balik Malaysia?
Hah, banyak sangat benda yg nak dibuat. Tak cukup Penang, KL aku terjah.

Post nie sebagai testing la, nak test kepala aku nie still ok ke tak. Tapi aku rasa agak berkarat jugak la bila 3 bulan tak berblog-ing nie. Bila baca post member2 kat group geng blogger tue rasa envy plak. Lantak kome la. Janji aku dapat taip sudah. Celoteh banyak sangat tak dak guna. Buang masa korang saja baca.

Lepas nie aku post pasal diri aku jer. tak minat dah nak jaga tepi kain orang mahupun tepi kain dunia sejagat termasuklah amerika ka hapa. tapi kalau ada idea atau opinion yang melekat kat kepala nie, aku hayun taip jugak..

Nota: Lepas nie blog bersifat peribadi tapi ulasan sesuka hati perut aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...