Rakan Bloggers

Friday, November 25, 2011

Tips Tak Tidur Dalam Kelas/ Lectures.


Aha! Benda yang paling best untuk dibincangkan.. Tips untuk tak tidur dalam kelas atau lecture. Simple saja tapi guess what, most of us meme mengalami masalah ini. Kalau korang tak mengalami masalah nie, gua memang tabik spring la!

Sleeping in the class memang menghantui hidup aku dari sekolah lagi. Sampai la sekarang. Ditambah lagi dengan cuaca time winter yang amat sejuk dan best nie, probability untuk tidur dalam sehari adalah 99%.


By the way, nie antara tips yang boleh kita amalkan.

1-   Dapatkan rehat yang secukupnya pada waktu malam
2-   Bangun awal. Jangan lupa subuh! Bangun lambat adalah faktor kita tak fresh.
3-   Breakfast sebelum ke kelas. Makan cereal instead of nasi lemak.
4-   Exercise. Berjalan ke lecture/ kelas amat digalakkan.
5-   Sit straight in class. Don't slouch.

6-   Kalau boleh duduk kat depan. Banyak advantage duduk kat depan nie sebenarnya.
7-   Concentrate apa yang lecturer or cikgu cakap.
8-   Take notes. (nie benda yg aku selalu amalkan bila terasa ngantuk)
9-   Participate in class.
10- Makan gula-gula yang mints (Halls dan seangkatan)

11- Move your feet, flex your muscles.
12- Minum air kosong
13- Play with your pen, not your friend.
14- Tampar-tampar diri tue sikit. Lagi kuat lagi bagus
15- Ask to go to bathroom. Stay fresh!

Nota: Tips tambahan dari habit sendiri: 
16- Minum Caffeine based drinks before class. (Coffee, Red Bull)

Wednesday, November 23, 2011

Aku Belajar Dari Pahitnya Kehidupan

Kadang-kala kita perlu bersendirian. For what? To evaluate (muhasabah) diri kita sendiri.


Kita selalu dilanda masalah. Cabaran dan dugaan, elemen-elemen penting dalam kehidupan manusia. Berbagai rintangan harus dilalui dalam proses mematangkan diri, proses menjadi seorang dewasa.

Ya, aku tidak terkecuali. Selama lebih 20 tahun hidup, pelbagai dugaan yang aku alami. Selalu aku rasa unfair bila fikirkan kenapa dugaan yang aku alami lebih hebat dari apa yang rakan-rakan alami. Namun aku sedar, masih ada yang diduga lebih teruk dari aku.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Ayat yang sering dibaca pagi dan petang semasa zaman sekolah dahulu. Hurm..

Ya, mungkin semua ujian ini membuatkan aku sebenarnya lebih kuat dan tabah dari mereka yang aku sanjungi, yang aku cemburui. Mungkin satu hari nanti aku akan bangkit dari kepahitan hidup ini, menjadi seorang yang lebih hebat.

Nota: "Janganlah kamu minta menjadi seorang yang sabar. Mintalah menjadi sabar ketika ditimba musibah."

Monday, November 21, 2011

Nasionalisme dan bola sepak.


Yup. Post nie memang berkaitan ngan game Malaysia vs Indonesia. Game yang boleh dikatakan ‘el-classico’ of the South East Asia. Satu game yang amat-amat dinantikan oleh fans bola sepak tanah air.

Nasionalime. Ideology yang diasaskan sejak sekian lama. Menular di semenanjung kepulauan nusantara sejak penubuhan negara-negara moden, negara bangsa yang diasaskan para penjajah. Lebih tepat apabila tertubuhnya gagasan Malaysia.

Nasionalime adalah antara factor berlakunya WWI dan WWII. No wonder la pertemuan antara Malaysia dan Indonesia sentiasa panas. Walaupun serumpun dan seakidah, krisis dan konflik tak pernah lekang, starting with ‘Ganyang Malaysia’. Sebab..

Nationalism + fanaticism = ?

Malaysia vs Indonesia.
Antara dendam dan maruah, blended with political and social issues. Bukan sekadar penentu pingat emas sukan SEA tapi battlefield antara dua Negara..
Final game Malaysia vs Indonesia sepatutnya menjadi jambatan silaturahim antara kedua-dua negara. Namun sebab sikap yang ‘tidak bertamadun’ dan lack of sportsmanship ( membakar bendera dan tidak hormat lagu kebangsaan other country), objektif sebenar SEA games tidak dapat dicapai.

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!
Pss: Harap-harap Malaysia 3 – 0 Indonesia..

Nota: cuba korang sambung equation kat atas. Comment kat bawah..

Saturday, November 19, 2011

Sebab Aku Diam.

Salam semua..

Sorry sangat2 hari tue aku diam lama giler..
Bukan tak sudi nak tulis tapi ada banyak komitmen lain.
Iaitu...

1- Exam
2- Exam
3- Exam
exam ajerrr. berderet plak tue


(sekarang nie tengah take five from study jap.
then, exam!
Exam hari nie pukul 3ptg waktu tempatan (GMT+2)
so, dapat la curik masa post something..)

4- Menguruskan blog lain.. hehe

Let bloggers do the blogging stuff!

Ini blog official liga bola sepak yer..Visit: PSL blog

Aku admin bahagian design & graphics jer. Posting bukan kerja gua.. hehe

Nota: Adat medical student, books are friends, exams are playgrounds. 

Take five?
hehehe.. :p 

Friday, November 18, 2011

Ape Kaitan Header Dengan Blog Nie?



Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apesal la aku letak header gambar kat stadium.
Takde gambar lain ke?
Haha..

Sebenarnya,
Ada cerita di sebalik tue.  Buat pengetahuan korang, sebenarnya aku nie amat cintakan bola sepak. Walaupun tak banyak post pasal bola, actually aku memang gila bola.

Gambaq asal..
Bukan setakat reti tengok dan nilai saja, aku jugak reti sepak bola okeh!

Yes, cita-cita sebenar aku dulu nak jadi pemain bola sepak. This is fact!
Tapi, apakan daya, family aku (especially my beloved mom) tak restu plak.

Just  abang aku saja managed to be sportsman paling successful dalam family -> mewakili SUKMA dan captain kelab dalam sukan ragbi..  

So, nak tak nak, aku terpaksa choose a career such as lawyer, doctor, or engineer level.  

Actually, aku hampir mewakili team dalam liga Malaysia.  But, disebabkan ada  contract dengan MINDEF (Kementerian Pertahanan)  untuk study medic, aku terpaksa akur. (Nie part paling sedih)

Nota: Lepas nie aku nak cerita pasal sejarah bola aku la plak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...