Rakan Bloggers

Tuesday, March 1, 2011

Maafkan Aku Semua.. =(

Assalamualaikum wbt..

Kat sini aku nak buat satu kenyataan rasmi yang semua orang boleh view. Sorry la, aku bukan artis atau apa yang leh wat press conference tapi aku cuba guna medium neh sebaik mungkin untuk aku cuba communicate ngan korang semua.

Aku susun semua 21 jari yang aku ada,
mohon maaf pada korang semua secara terbuka
andai aku ada salah silap ngan korang semua..

Aku tawu, APOLOGIZE IS A BITTER CHARITY, tapi

Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa
-Surah An-Nisa, ayat 149-

Bukan aku kat sinih nak guna ayat quran sebagai alasan atau apa tapi aku amat harap pada korang semua untuk maafkan aku. Kesalahan pada manusia, kita settle antara manusia.

Sama ada korang kenal aku atau tak, kalo korang baca post neh, maafkan aku yer. Aku dah lama maafkan kesalahan korang pada aku. Aku dah tak da simpan apa-apa dengki atau dendam pada korang. Segala salah dan silap korang semua aku maafkan.

Ya, aku maafkan korang semua. AKU MAAFKAN SEMUA. Kalo dulu ada yg aku tak ngaku kawan, sekarang korang leh la nak rapat-rapat.

Kalau korang menyampah tengok muka aku, malu nak ngaku aku sebagai kawan, atau sesapa yg sakit hati ngan aku (tak kesah la sebab korang penah keja ngan aku ka korang penah bermusuh ngan aku ka apa ka) aku amat berharap korang dapat maafkan aku.

Kadang-kadang aku tak sedar apa kesalahan aku. Kita memang selalu tak sedar kalau kita lakukan kesalahan. Hanya orang sekeliling yang mampu nilai kita buat kesalahan atau tidak. Terpulang pada korang la nak nilai sejauh mana salah dan silap aku.

Aku amat menyesal aku banyak buat salah kat korang.

Dan,

Aku nak guna kesempatan nie jugak untuk aku mintak maaf atas segala penipuan atau pembohongan yang terpaksa aku buat dulu.

Mungkin korang tak paham kenapa aku buat semua neh tapi aku sedar itu pilihan yang paling bodoh penah aku buat untuk tidak berterus terang. Sekarang aku rasa aku dah mampu nak hadapi kenyataan. Aku dah tak perlu hidup dalam pembohongan lagi.

Dan aku perlu korang maafkan aku. Aku dah tak larat nak idop dalam penipuan.

Ada pepatah arab cakap,
Lying is like a rope. No matter how long it is, it must have its end.
So, aku rasa sudah tiba masa aku confess. Aku dah tak nak create apa-apa perfect lies. Aku cuma nak 'clean'..

Di sini dengan lafaz,

Minta maaf banyak2, I'm so Sorry, Aseef Jiddan

aku harap korang maafkan aku..

Monday, February 28, 2011

Cabaran Tak Logik..


Haha, bukan nak tentang (or against) tapi nak promote..
Semoga kita semua dapat sahut cabaran nie.

InsyaAllah, winter dah nak abeh.
So, probability nak bangun adalah tinggi..!!

Never Say NO Until You Try!!

Jom sesama kita jadikan March neh bulan yang 'ponteng sifar'
(kalo tak leh gak, kita jadikan 'ponteng shuwaii bas')

Cabaran terbuka bukan saja to all JUSTinians, tapi kepada semua!
Tak kira la korang kat Malaysia ke, dah balik Mesir ke, Manchester ke,
moh kite!!

Sunday, February 27, 2011

Reply to Mahadaya - Part II

Kali nie aku berhujah dari segi sainstifik plak..
Para doktor, senior, rakan seperjuangan dan sesiapa yang arif dalam bab neh, boleh tolong perbetul jika ada salah dan silap yer.. Baru belajar medic jer neh..

(sambungan)
Tuan berkata:
"Arak sebenarnya menjadikan tubuh manusia kuat dan sihat dgn melancarkan peredaran darah"

Pandangan saya dari segi perubatan:

Saya cuma ingin menyentuh berkenaan isu ini sedikit sahaja kerana terlalu luas bidang perubatan yang berkaitan dengan alcohol.

Sebelum itu, saya sarankan agar tuan search sekiranya terdapat apa-apa istilah yang tuan tidak faham sepanjang penulisan saya ini.

Dari segi saintifik, arak adalah alcohol. Alcohol memang mempunyai kebaikan dan keburukan.
Saya yakin tuan pun telah sedia arif tentang alcohol. Antara keburukan yg memang tak perlu dinyatakan lagi ialah alcohol adalah antara punca utama masalah kerosakan hati (liver).

Di sini, saya ingin menerangkan dari segi BioChemistry iaitu dari segi tindak balas kimia di dalam badan. Di dalam liver (hati), alcohol ditukar ke dalam bentuk Acetaldehyde dengan bantuan enzyme alcohol dehydrogenase. Untuk makluman tuan, Acetaldehyde amat toksik kepada sel-sel yang terdapat dalam badan kita. Cuba bayangkan, jika tuan minum alcohol, analoginya adalah sama seperti tuan meminum sisa toksik. Dan tidak berdosakah tuan sekiranya tuan memudaratkan diri atau lebih teruk, membunuh diri? Sekiranya batu-bata yang digunakan untuk membina rumah telah rosak, bagaimana pula dapat dibina rumah yang teguh dah kukuh? Hal ini samalah seperti perihal badan kita. Sel-sel ibarat bata yang digunakan untuk membina tubuh badan.

Seterusnya, tuan berkata bahawa arak (alcohol) melancarkan peredaran darah. Alcohol sebenarnya bertindak mengurangkan kepekatan darah. Seperti yang kita tahu, darah mengandungi sel darah merah, sel darah putih, platelet, dan beberapa konstituen yang lain. Saya tidak ingin menyentuh tentang sel darah merah dan putih kerana saya andaikan tuan memang sudah faham akan apa kepentingan sel-sel tersebut. Saya cuma ingin mengulas tentang platelets sahaja kerana mungkin amat kurang penjelasan tentang partikel ini.

Platelet adalah amat penting dalam proses hemostasis iaitu proses yang menyebabkan pendarahan terhenti. Pengambilan alcohol menurut kajian memainkan peranan penting dalam menurunkan kadar pengaktifan dan 'aggregation' platelet. Sebagai contoh, akibat kurangnya pengaktifan pletelets, akan timbul masalah seperti Thrombocytopenia(sila search di internet). Untuk pengetahuan tuan, sistem peredaran darah lebih dikenali sebagai 'cardiovascular system'. Pengambilan alcohol secara berlebihan akan menyebabkan kadar kematian yang berkaitan dengan sistem ini lebih tinggi disebabkan kegagalan platelets berfungsi. Sebagai contoh, apabila platelets gagal untuk memainkan peranan utamanya , hal ini akan mengakibatkan pendarahan tidak dapat berhenti, dan mungkin terus membawa kepada hemorrhage. Mungkin tuan akan berkata, 'secara berlebihan' sahaja baru jadi macam tue. Saya ingin tanya tuan, adakah tuan tahu berapa had dan kadar max alcohol untuk diri anda?

Saya rasa cukuplah penjelasan saya tentang darah. Saya sarankan tuan benar-benar dapat kemukakan bukti peranan dan kebaikan alcohol dalam sistem peranakan atau dalam istilah medic 'reproductive system'. Terlalu banyak artikel di internet menceritakan tentang keburukan alcohol berbanding kebaikan dalam reproductive system. Jika ada kelapangan, saya sarankan tuan buatlah research terlebih dahulu sebelum mendakwa atau mengemukakan sesuatu fakta yang saya rasa hanya akan menunjukkan tuan terdesak untuk mencari alasan bagi menghalalkan perkara yang diharamkan.

Akhir sekali, cuba tuan tanya diri tuan,
adakah org2 Islam yg tidak minum arak, tubuh mereka lemah dan kurang upaya? Adakah arak sebenarnya menjadikan tubuh manusia kuat dan sihat?

Harap maaf sekiranya saya terkasar bahasa atau ada kekhilafan berlaku. Saya cuma memberikan pandangan saya dari bidang saya yang tersendiri. Saya hanyalah seorang pelajar perubatan yang jauh lemah di sisi Allah yang maha besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...