Rakan Bloggers

Thursday, February 17, 2011

Doktor Lulusan Overseas Tak Cekap? - Part III

From My Point of View:

Tak semua 'medical school' di 'overseas' bagus dan tak semua 'med school' tidak bagus. Kerajaan Malaysia pun ada garis panduan dalam meluluskan beberapa med school di luar negara. Jangan kerana hanya sesetengah 'med school' yang kurang berkualiti, semua doktor lepasan luar negara di cop tidak cekap.

Persoalannya sekarang, sejauh mana kerajaan Malaysia betol-betol serius dalam menjaga kualiti atau standard yang diorang dah tetapkan..? Mungkin kerajaan iktiraf sesebuah universiti tue dari segi sistem pembelajaran dan teknologi yang ada tapi lupa untuk mengambil kira keberkesanan sistem pengajaran dan pembelajaran universiti-universiti yang dah diluluskan. Kerajaan memang perlu memantau secara berterusan agar standard dan piawaian yang dah ditetapkan terutamanya dari aspek praktikal diikuti oleh pihak universiti luar negara.

Kelemahan Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) dalam menapis kualiti para pelajar yang ke luar negara juga harus diambil kira. Sebagai contoh, ada medical student di beberapa universiti yg diiktiraf kerajaan bukan dari aliran sains semasa di sekolah dahulu dan ada juga yang hanya berbekalkan tiga atau empat A dalam SPM.

Tambahan pula, ada beberapa universiti kat luar memang mementingkan wang semata-mata tanpa mempedulikan para pelajar. Ada juga med school yang meletakkan yuran yang terlalu tinggi untuk satu kredit hour bagi pelajar asing namun pulangan yang diberikan kepada para pelajar boleh dikatakan hampeh sampai wujud kata-kata seperti "cadaver untuk study pun macam jeruk, dah tak fresh la".

Selain itu, sistem pembelajaran di universiti luar negara juga tidak sama dengan sistem yang diguna pakai di Malaysia. Ada universiti yang mengutamakan aspek teori sebelum beralih kepada praktikal. Ada universiti yang mengutamakan kedua-dua aspek secara selaras. Dan ada juga universiti yang mengutamakan teori semata-mata.

Alhamdulillah, sistem kat Jordan nie agak berkesan kerana mementingkan kedua-dua aspek. Kami belajar teori selama 3 tahun dan beralih kepada praktikal selama 3 tahun. Namun ada rakan-rakan di Russia belajar teori dengan terlalu 'detail' sampaikan ada subjek penting hanya dipelajari pada tahun tiga atau empat.

Dari aspek teknologi, memang Malaysia lebih maju berbanding sesetengah negara. Memang tidak dinafikan, Malaysia amat dipandang tinggi di sini kerana kemajuan yang dikecapi. Jadi, mungkin timbul isu beberapa negara teknologinya jauh ketinggalan dari negara kita. "sepuluh tahun? macam 20 tahun jer teknologi kat jordan neh ketinggalan. Tapi medical equipments top class."

Jadi, jika menyentuh kecekapan para doktor lulusan luar negara, amatlah tidak adil untuk diletakkan di bahu para pelajar semata-mata. Pihak kerajaan seharusnya mengambil berat hal ehwal dan luahan hati para pelajar atau doktor lulusan luar negara dalam memastikan pelaburan dalam sektor kesihatan ini berbaloi. Pemantauan from time to time adalah idea yang amat bernas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...