Rakan Bloggers

Wednesday, February 16, 2011

Doktor Lulusan Overseas Tak Cekap?

Kursus perubatan universiti luar akan dipantau: Khaled


KOTA KINABALU: Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi akan dihantar ke universiti di luar negara yang diiktiraf kerajaan untuk kursus perubatan bagi membuat penilaian, sejajar usaha menangani pelbagai isu, termasuk doktor pelatih yang dikatakan tidak cekap. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata rombongan pegawai kementerian akan turut disertai wakil daripada penaja pelajar dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

“Lawatan ini bertujuan memeriksa piawaian ditetapkan universiti terbabit, terutama aspek kurikulum dan kualitinya.

“Jika benar ia berlaku (kelemahan), kita akan mencari penyelesaian terbaik secara kolektif.

“Kerajaan menyedari kepentingan membuat penilaian berkala terhadap institusi pengajian tinggi di luar negara, tetapi ia membabitkan banyak pihak dan lokasi, selain faktor tenaga, masa dan kos.

“Kita tidak mahu mengaitkan isu ini dengan doktor pelatih berkelulusan negara tertentu, sebaliknya akan melawat semua institusi perubatan di luar negara yang diiktiraf kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis pecah tanah projek penempatan semula penduduk Kampung Lokub bersempadanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah di Sepanggar dekat sini, semalam.

Turut hadir Pembantu Menteri Sumber dan Teknologi Maklumat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Jainab Ahmad dan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar.
Malaysia mengiktiraf kira-kira 370 universiti di dalam dan luar negara untuk program kursus perubatan. Antara negara yang diiktiraf ialah Indonesia, India, Russia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Mesir, Australia, Taiwan, Ukraine, Jordan, Arab Saudi, New Zealand, Pakistan, Myanmar dan Bangladesh.

Semalam, Berita Harian melaporkan tahap kemahiran lebih 3,000 doktor pelatih terutama lulusan luar negara yang mengikuti latihan ‘housemanship’ di hospital kerajaan dipersoalkan apabila ada antara mereka tidak cekap melakukan prosedur asas pemeriksaan kesihatan.

Ditanya bila lawatan itu akan dilakukan, Mohd Khaled berkata, prosedurnya tidak mudah seperti yang disangka selain memerlukan persetujuan semua pihak terbabit kerana ia membabitkan soal tenaga, kos dan masa.

“Oleh kerana tempat pengajian terhad bagi jurusan perubatan di negara ini menyebabkan ramai yang belajar di luar negara.

“Kerajaan tidak mampu menyediakan tempat untuk semua pelajar yang mahu mengambil jurusan perubatan di dalam negara.

“Kita mengutamakan soal kualiti dengan nisbah satu pensyarah bagi setiap empat pelajar, selain mesti menyediakan hospital untuk program klinikal,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya menyedari masalah yang dihadapi sebahagian PPS yang menjalani latihan di 38 hospital kementerian dan tiga hospital universiti di negara ini.

Beliau berkata, kementerian sentiasa berusaha memastikan mereka dibimbing dan dibantu bagi memperoleh pengetahuan serta kemahiran mencukupi.

Katanya, pada masa ini, terdapat 29 sekolah perubatan di negara ini dengan 11 sekolah perubatan dikendali institut pengajian tinggi awam, selebihnya institut pengajian tinggi swasta mengeluarkan PPS ini.

“Selain itu, graduan dari luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, Timur Tengah, Russia dan India.

“Dengan graduan dari pelbagai persekitaran pembelajaran dengan budaya dan sistem kurikulum pendidikan yang berbeza sudah pasti mempunyai pengetahuan dan pengalaman berbeza khususnya dari segi pengalaman klinikal,” katanya dalam satu kenyataan kepada Berita Harian di sini, semalam.

Berikutan itu, katanya kerajaan membuat keputusan pada 2008 untuk memanjangkan tempoh latihan PPS dari satu tahun kepada dua tahun dan mereka perlu menjalani latihan dalam enam bidang utama iaitu perubatan dalaman, pediatrik, pembedahan am, ortopedik, obstetrik dan ginekologi dan perubatan kecemasan atau anestesiologi, masing-masing selama empat bulan.

Beliau berkata, mereka juga diberi pendedahan klinikal, bimbingan dan tunjuk ajar mengenai prosedur klinikal yang tertentu serta dinilai pakar perubatan dan pegawai perubatan berpengalaman.

Liow berkata, sepanjang tempoh penempatan itu, jika mereka tidak menunjukkan kemampuan dan kemahiran klinikal yang mencukupi di akhir sesuatu penempatan selama empat bulan, penempatan mereka akan dipanjangkan bagi tempoh tiga bulan lagi.

source: Berita Harian 16 Feb 2011
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kursusperubatanuniversitiluarakandipantau_Khaled/Article/

1 comment:

  1. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary RM7,000 (starting)
    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...