Tapi yang aku nak bagitau not about the whole post. Kalau nak baca full article, boleh klik kat sini dan baca sendiri. Aku cuma nak sentuh sikit saja pasai post tue. Bukan apa pun, cuma aku suka dengan apa yang dia kata dan memang betul pun!
The point is: Kegagalan Adalah Satu Proses Kehidupan
Nie adalah apa yang dikatakan penulis blog tue..
Tahukah anda bahawa setiap kegagalan yang anda pernah,sedang dan akan lalui adalah suatu proses-proses kehidupan? Ya, jatuh, bangun,jatuh dan bangun semula itu adalah proses normal kehidupan kepada anda, mereka dan saya sendiri untuk kita menjadi seorang manusia yang benar-benar kuat, hebat dan berjaya!
Justeru kita tida boleh sama sekali merasa keluh, kesah, dan kecewa, akan segala kegagalan yang berlaku kepada kita. Gagal, jatuh dan sesekali ‘down’ di dalam hidup itu adalah normal, dik. Semua orang pernah merasakan kegagalan di dalam hidup. Namun selepas itu mereka mampu untuk bangkit semula dan menjadi seorang manusia yang benar-benar hebat dan berjaya.
Percayalah, pada setiap kejatuhan itu, pasti ada bangunnya suatu hari nanti, andai kita terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri kita.
Tapi,
aku cuma tak setuju bab sesekali down tue.. Aku dah berkali-kali down kott!! Tapi, aku tak terus buat conclusion. Aku terus baca lagi.. Ada satu benda yang aku rasa aku dah buat tapi kurang yakni terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri.
So, sekarang nie aku cuba menelan kesakitan dan keperitan hidup nie buat seketika. Aku akan cuba fikirkan cara nak majukan diri, bangun semula selepas bertahun-tahun aku jatuh. Terus terang aku cakap kalau korang kat tempat aku, korang mesti dah tak nak hidup punya la. Cakap saja aspek apa, macam2 aku rasa.
Sekian
Nota: Aku bukan takat gagal saja tapi sampai jadi health case terus. Depression sampai terpaksa ambil pil tidur, sebab terlalu stress dan kemungkinan untuk membahayakan diri sendiri..