Rakan Bloggers

Showing posts with label From The Inside. Show all posts
Showing posts with label From The Inside. Show all posts

Saturday, March 3, 2012

Kegagalan Adalah Satu Proses Kehidupan

Aku suka baca blog motivasi. Dan aku tertarik dengan satu post yang dah berusia empat minggu lepas dari sebuah blog yang aku suka follow. Sebab aku tertarik coz memang post tue kena kat aku sendiri. Memang sekarang aku tengah stress, level yang aku sendiri tak boleh tangani. So, aku pun baca la dengan rakusnya post tue..

Tapi yang aku nak bagitau not about the whole post. Kalau nak baca full article, boleh klik kat sini dan baca sendiri. Aku cuma nak sentuh sikit saja pasai post tue. Bukan apa pun, cuma aku suka dengan apa yang dia kata dan memang betul pun!

The point is: Kegagalan Adalah Satu Proses Kehidupan


Nie adalah apa yang dikatakan penulis blog tue..

Tahukah anda bahawa setiap kegagalan yang anda pernah,sedang dan akan lalui adalah suatu proses-proses kehidupan? Ya, jatuh, bangun,jatuh dan bangun semula itu adalah proses normal kehidupan kepada anda, mereka dan saya sendiri untuk kita menjadi seorang manusia yang benar-benar kuat, hebat dan berjaya!
Justeru kita tida boleh sama sekali merasa keluh, kesah, dan kecewa, akan segala kegagalan yang berlaku kepada kita. Gagal, jatuh dan sesekali ‘down’ di dalam hidup itu adalah normal, dik. Semua orang pernah merasakan kegagalan di dalam hidup. Namun selepas itu mereka mampu untuk bangkit semula dan menjadi seorang manusia yang benar-benar hebat dan berjaya.
Percayalah, pada setiap kejatuhan itu, pasti ada bangunnya suatu hari nanti, andai kita terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri kita.
Tapi,
aku cuma tak setuju bab sesekali down tue.. Aku dah berkali-kali down kott!! Tapi, aku tak terus buat conclusion. Aku terus baca lagi.. Ada satu benda yang aku rasa aku dah buat tapi kurang yakni terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri.

So, sekarang nie aku cuba menelan kesakitan dan keperitan hidup nie buat seketika. Aku akan cuba fikirkan cara nak majukan diri, bangun semula selepas bertahun-tahun aku jatuh. Terus terang aku cakap kalau korang kat tempat aku, korang mesti dah tak nak hidup punya la. Cakap saja aspek apa, macam2 aku rasa.

Sekian

Nota: Aku bukan takat gagal saja tapi sampai jadi health case terus. Depression sampai terpaksa ambil pil tidur, sebab terlalu stress dan kemungkinan untuk membahayakan diri sendiri..

Wednesday, November 23, 2011

Aku Belajar Dari Pahitnya Kehidupan

Kadang-kala kita perlu bersendirian. For what? To evaluate (muhasabah) diri kita sendiri.


Kita selalu dilanda masalah. Cabaran dan dugaan, elemen-elemen penting dalam kehidupan manusia. Berbagai rintangan harus dilalui dalam proses mematangkan diri, proses menjadi seorang dewasa.

Ya, aku tidak terkecuali. Selama lebih 20 tahun hidup, pelbagai dugaan yang aku alami. Selalu aku rasa unfair bila fikirkan kenapa dugaan yang aku alami lebih hebat dari apa yang rakan-rakan alami. Namun aku sedar, masih ada yang diduga lebih teruk dari aku.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Ayat yang sering dibaca pagi dan petang semasa zaman sekolah dahulu. Hurm..

Ya, mungkin semua ujian ini membuatkan aku sebenarnya lebih kuat dan tabah dari mereka yang aku sanjungi, yang aku cemburui. Mungkin satu hari nanti aku akan bangkit dari kepahitan hidup ini, menjadi seorang yang lebih hebat.

Nota: "Janganlah kamu minta menjadi seorang yang sabar. Mintalah menjadi sabar ketika ditimba musibah."

Friday, November 18, 2011

Ape Kaitan Header Dengan Blog Nie?



Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apesal la aku letak header gambar kat stadium.
Takde gambar lain ke?
Haha..

Sebenarnya,
Ada cerita di sebalik tue.  Buat pengetahuan korang, sebenarnya aku nie amat cintakan bola sepak. Walaupun tak banyak post pasal bola, actually aku memang gila bola.

Gambaq asal..
Bukan setakat reti tengok dan nilai saja, aku jugak reti sepak bola okeh!

Yes, cita-cita sebenar aku dulu nak jadi pemain bola sepak. This is fact!
Tapi, apakan daya, family aku (especially my beloved mom) tak restu plak.

Just  abang aku saja managed to be sportsman paling successful dalam family -> mewakili SUKMA dan captain kelab dalam sukan ragbi..  

So, nak tak nak, aku terpaksa choose a career such as lawyer, doctor, or engineer level.  

Actually, aku hampir mewakili team dalam liga Malaysia.  But, disebabkan ada  contract dengan MINDEF (Kementerian Pertahanan)  untuk study medic, aku terpaksa akur. (Nie part paling sedih)

Nota: Lepas nie aku nak cerita pasal sejarah bola aku la plak.

Sunday, October 2, 2011

Aku Terkena Killing Curse.. Unforgivable Betol!


Aku buang tabiat ke hapa, awal2 pagi nie (waktu tempatan, bukan Malaysia ok!
dah tulis satu post. Bukan nak ready2 pi kelas.. ka baca mathurat ka.

Sebenaqnya aku nak kongsi satu cerita. Cerita aku di perantauan nie la.
Nak story kat korang sikit perangai arab yang kadang2 tak bertamadun nie.

Diorang nie ada kalanya terlalu bagus, dan ada kalanya terlalu bengap!
Benda yang bagusnya, ko jalan la kat mana pun Mesir, Jordan, Syria, Arab Saudi
Boleh dikatakan hampir 80% akan tegur korang..

           Dalam kotak merah tue adalah dilema student Malaysia kat Jordan!

Yang bengap nyer?
Diorang nie selalunya tak reti nak bezakan Malaysians dengan Sinni, Chinese.
Kalau kat Jordan, memang ko kena ni hao la.
Kalau kat Mesir, diorang kenal la plak Malaysians.
Tapi, kena kutuk buuya -> orang asli dalam hutan

Tapi yang paling bengong,
ko pergi la kat mana pelusuk negara arab pun, 
konfem diorang akan tanya "كم ساعة الآن", then gelak2 setan merah..
motif? nak test arabic kita. -> aku tanya dalam English tak tahu plak nak jawab!

Nota: "كم ساعة الآن",maksudnya pukul berapa sekarang..

Friday, September 23, 2011

Sedang Membuang Sawang..

Haha, lama giler tak update blog nie. Sepanjang aku kat Malaysia jangan harap la aku nak update blog. Banyak lagi kerja lain nak dibuat. Yer la, kat sini nak gi mana, kereta pun tak dak. Lepak kat rumah ngan university jer la jawabnyer selain tido.

Balik Malaysia?
Hah, banyak sangat benda yg nak dibuat. Tak cukup Penang, KL aku terjah.

Post nie sebagai testing la, nak test kepala aku nie still ok ke tak. Tapi aku rasa agak berkarat jugak la bila 3 bulan tak berblog-ing nie. Bila baca post member2 kat group geng blogger tue rasa envy plak. Lantak kome la. Janji aku dapat taip sudah. Celoteh banyak sangat tak dak guna. Buang masa korang saja baca.

Lepas nie aku post pasal diri aku jer. tak minat dah nak jaga tepi kain orang mahupun tepi kain dunia sejagat termasuklah amerika ka hapa. tapi kalau ada idea atau opinion yang melekat kat kepala nie, aku hayun taip jugak..

Nota: Lepas nie blog bersifat peribadi tapi ulasan sesuka hati perut aku..

Tuesday, May 17, 2011

Blog Aku Kembali Bersawang.. Sementara Saja.

Blog bersawang? Sapa la kenalkan istilah yang agak tak macho bila didengar neh.. Yes, blog aku bersawang kejap. Cukup 17 hari aku biarkan blog nie macam tue saja.. Walaupun pembaca tak ramai mana, aku cuba jugak curi masa tengah malam nie untuk korang.

A lot of things happened to me lately.. A well blend to end my sweet teenage years. Officially now I am 20. But, the road to twenty was never easy to me. A series of unfortunate events is the most suitable to describe everything. That will break any heart, release more tears than a man could bear.

I am too tired today but still alive and kicking. A very long day. Completely dead beat. My English language teacher should be proud if she read this paragraph as I don't let those idioms slip from my mind. Yes, thank you teacher as you greatly improve my language.

Hope that all my readers especially my beloved followers don't mind I'm using English this time. Sometimes what comes out from my heart is not in Malay but in English. Maybe it would be easier to pen it here in the original form, not the one edited or rejected.

Maybe I'll try to write about what happened last 30 days of my life as it maybe turn out to be a wonderful experience. Not many people are given such opportunity to taste the sweetness of lesson from the school of life. We could learn all those survival skills, living skills in everyday life but being put under pressure under certain circumstances, the power to change, the power to decide is sometimes is limited.

Let, let me finish this post in Malay as I started. Sebenarnya bila tukar masuk BM, agak blank nak tulis apa. Aku minta maaf sebab menyepi beberapa hari. Even birthday aku pun aku diam saja, termasuk kat Facebook. Apa-apa pun, aku harap korang yang banyak support aku dalam blogging nie faham bahawasanya, aku sekarang ada komitmen lain yang perlu diberi perhatian. Exam week dah start la..


Note: trying to upload the picture but it seems like it got the symptoms of system retardation.

Thursday, April 14, 2011

Ingat Senang Ke Nak Jadi Doktor?


"Adik. Bila adik dah besar adik jadi doktor tau"
"Kenapa ayah?"
"Adik jadi doktor. Boleh rawat ibu, rawat ayah."
"Okey. Set. No prob ayah!"
"Bagus anak ayah nie.. "

Macam best kan.
Persoalannya, ingat senang ke nak jadi doktor?

Anatomy, Physiology, Pharmacology, Microbiology, Pathology, Histology, Immunology, Embryology and etc.

Macam best kan dengar nama-nama subjek semua tuh? Macam gempak.. Memang gempak. Dan macam yang korang baca nama-nama subjek yang baru bagi korang tue, cuba bayangkan betapa berjuta kali ganda seorang bakal doktor kena hafal!

Kenapa?
Doctors deal with human life.
Bukan takat tue saja. Bila doktor buat silap, even a simple mistake, naik court la jawabnya.

Thursday, March 31, 2011

The Downfall of Me..

A brief idea about my life sekarang nie..
Bukan penulisan ilmiah tapi luahan si hati kecil.. 

My abilities decreasing.. and not linear..

Bukan pasal Add Maths. Graf kat atas lebih kepada menerangkan apa yang jadi kat hidup aku. Semua benda dah tak tentu arah. Semua dah 'down'. Aku tak tahu mana salah, mana silap aku.

A small leak could sink a big ship..

Tapi aku tak dapat nak recognize kat mana leak semua tuh. Terlalu banyak rasanya.
My life is sinking!
Semua abilities aku dah menurun. 
Dah off form.
"Decreasing"

Tuesday, March 29, 2011

Doakan Aku Yer..

Post nie adalah untuk lepas 'Stress' study.
Aku full time Medical Student, part time Blogger.
So, bila ada masa, ada lah post aku..

Teringat time SPM dulu.. kih kih kih..

Hari nie aku ada exam Anatomy.
Kepada yang tak tahu apa itu Anatomy, subjek nie pasal structure luar dan dalam badan.
So, subjek menghafal 100%. Tak perlu nak faham!
Tolong doakan supaya aku boleh skor yer untuk subjek nie. 
Amat memerlukan doa kalian.

Kepada para sahabat yang exam Anatomy jugak,
sama-sama la kita doa yer.

Friday, March 18, 2011

La Tahzan..

Before apa-apa, aku nak highlight something neh..
Aku tak penah baca buku La Tahzan okey..
So, entri kali neh memang tak da kaitan ngan buku tue.
Tapi, kalo korang baik hati, hadiah kan la buku tue kat aku yer!

Dah-dah.. Post kali neh aku nak korang jawab soklan aku dulu..

"Why do you sad?"

"What do people normally do when they sad?"

"What do you feel when sad?"

Dah jawab?
Jawab la dulu.. Baru syok baca entri neh..

My answer plak..

Thursday, March 10, 2011

Its Really Weird..

Something weird happening right now.. Sedang korang semua ngah tido.. (kat Jordan).. Aku takot.. Tanda kiamat ke neh?

Sembang Kedai Kopi


Sembang kedai kopi,
Sambil pekena satu dua roti,
Cakap memang berapi,
Tapi buat hampeh tak reti.


Sembang kedai kopi,
Sambil main dam haji,
Tangan ngan mulut tak berhenti,
Mata plak tengok sana sini.

Monday, March 7, 2011

Fail Exam? Nasib ah...

Before korang baca komen aku, aku syorkan korang baca post nie dulu..

Hasil nukilan salah seorang blogger yang aku follow..
Tajuk post nie pun aku tak tukar..
Same as the original from the site..

From my point of view:

Tuesday, March 1, 2011

Maafkan Aku Semua.. =(

Assalamualaikum wbt..

Kat sini aku nak buat satu kenyataan rasmi yang semua orang boleh view. Sorry la, aku bukan artis atau apa yang leh wat press conference tapi aku cuba guna medium neh sebaik mungkin untuk aku cuba communicate ngan korang semua.

Aku susun semua 21 jari yang aku ada,
mohon maaf pada korang semua secara terbuka
andai aku ada salah silap ngan korang semua..

Aku tawu, APOLOGIZE IS A BITTER CHARITY, tapi

Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa
-Surah An-Nisa, ayat 149-

Bukan aku kat sinih nak guna ayat quran sebagai alasan atau apa tapi aku amat harap pada korang semua untuk maafkan aku. Kesalahan pada manusia, kita settle antara manusia.

Sama ada korang kenal aku atau tak, kalo korang baca post neh, maafkan aku yer. Aku dah lama maafkan kesalahan korang pada aku. Aku dah tak da simpan apa-apa dengki atau dendam pada korang. Segala salah dan silap korang semua aku maafkan.

Ya, aku maafkan korang semua. AKU MAAFKAN SEMUA. Kalo dulu ada yg aku tak ngaku kawan, sekarang korang leh la nak rapat-rapat.

Kalau korang menyampah tengok muka aku, malu nak ngaku aku sebagai kawan, atau sesapa yg sakit hati ngan aku (tak kesah la sebab korang penah keja ngan aku ka korang penah bermusuh ngan aku ka apa ka) aku amat berharap korang dapat maafkan aku.

Kadang-kadang aku tak sedar apa kesalahan aku. Kita memang selalu tak sedar kalau kita lakukan kesalahan. Hanya orang sekeliling yang mampu nilai kita buat kesalahan atau tidak. Terpulang pada korang la nak nilai sejauh mana salah dan silap aku.

Aku amat menyesal aku banyak buat salah kat korang.

Dan,

Aku nak guna kesempatan nie jugak untuk aku mintak maaf atas segala penipuan atau pembohongan yang terpaksa aku buat dulu.

Mungkin korang tak paham kenapa aku buat semua neh tapi aku sedar itu pilihan yang paling bodoh penah aku buat untuk tidak berterus terang. Sekarang aku rasa aku dah mampu nak hadapi kenyataan. Aku dah tak perlu hidup dalam pembohongan lagi.

Dan aku perlu korang maafkan aku. Aku dah tak larat nak idop dalam penipuan.

Ada pepatah arab cakap,
Lying is like a rope. No matter how long it is, it must have its end.
So, aku rasa sudah tiba masa aku confess. Aku dah tak nak create apa-apa perfect lies. Aku cuma nak 'clean'..

Di sini dengan lafaz,

Minta maaf banyak2, I'm so Sorry, Aseef Jiddan

aku harap korang maafkan aku..

Monday, February 28, 2011

Cabaran Tak Logik..


Haha, bukan nak tentang (or against) tapi nak promote..
Semoga kita semua dapat sahut cabaran nie.

InsyaAllah, winter dah nak abeh.
So, probability nak bangun adalah tinggi..!!

Never Say NO Until You Try!!

Jom sesama kita jadikan March neh bulan yang 'ponteng sifar'
(kalo tak leh gak, kita jadikan 'ponteng shuwaii bas')

Cabaran terbuka bukan saja to all JUSTinians, tapi kepada semua!
Tak kira la korang kat Malaysia ke, dah balik Mesir ke, Manchester ke,
moh kite!!

Monday, February 21, 2011

Pasal Sorang Kawan Aku Neh..


Ntah pe hal aku minggu lepas, tersampuk antu mak limah ke hapa..
Semangattt plak nak edit kerap2.. Sebab baru renovate kott.
Bala bala...

Nie aku teringat al kesah sekoq malizi neh, atau bahasa melayu dia warga negara Malaysia..
Panjang benor jang nak taip istilah tue dlm bahasa kita..

Dah2.. Post nie bukan hapa, cuma sebab tiba2 ter'flash back' suatu saat ketika aku tengah hepi2, ada sorgt mamat neh potong stim.. Time tue bila tak tau.. aku pun dah lupa tarikh dan masa kejadian.. cerita dia cenggini..

Pada suatu malam yg amat sejok, (sebab kat jordan tgh winter bha, tak tau la kat malaysia mahupun hong kong macam mana kann..) aku check la result bola sepak kat tenet yg slow neh.. ntah sape ntah yg amik upah men'download', abeh slow tenet time tue.. Alangkah terkejot beserta bangga nyer haku sebagai pemegang passport Malaysia bila tgk result international friendlies game no satu kat seluruh dunia (kecuali kat US). Malaysia menang tuh ngan Hong Kong!

Aku pun seronok gila on the spot. Harimau Malaya menang lagi!! yeah!!
Aku pun ckp la kat sorg mamat neh "Weh, Malaysia menang kott lawan Hong Kong."
Then dia reply balik "Ala, ngan Hong Kong jer. Bleh lah"
Perghh.. Nyirap darah aku.. Tapi aku control jer ngan mamat tuh, kang terasa ati plak.. Tapi gua mmg panas bro!!

Meh aku kasik statistik sket..

Summary of Head to Head Results
Soccer Teams
MatchesWinDrawLoseScoreGoals Scored Per MatchGoals Allowed Per Match
Hong Kong
3
2
0
1
5:3
1.67
1.00
Malaysia
3
1
0
2
3:5
1.00
1.67

hah, lu pikir la sendirik before game tue, sapa agy kuat kat atas kertas..
so sorry bro, bukan nak singgung sesapa tapi hangin satu badan neh bila tigt kesah mlm tuh..
maaf arr kalo terkasar bahasa atau ter'pow' ayam goreng!!

tapi to all malaysians, please la.. hampeh tol kalo masih wujud perangai cenggini..

Monday, February 14, 2011

New Leaf



Hah, ini blog gua..
berwajah baru.. hehe

Haku nak tulis sesuka hati jer kat sini, mampus arr korang nak maki hamun apa pun..

“Mind ur words”??
Sorry la mak cik dan pak cik sekalian,
Aku dah tak mau idop mcm hipokrit. Nak release the real me.
“The real me”? Pe kejadah nyer neh???

Aku selalu tercarik-carik mana diri aku.. Hah, amik ko.. Sampai sekarang still tak jumpa. Weh, mana aku!!!
So, pikir punya pikir, at last, aku pilih jalan penyelesaian..
Aku bina balik diri aku.. (macam masok kem bina insan plak) -> cuba buat hambar..
Harap nak tunggu diri yg lama mai balik, sampai kesudah habuk pun tarak!

Aku punya laa pening, camner la ehh nak berubah..
Camner nak idop sebagai diri sendirik, sebagai aku..
Betol ke cara aku neh?
Pe kehe nyer ngan teman neh? Dah 20 tahun idop pun still merapu..

Dah, cukup la tue..
Dah tiba masa aku berubah..
Susah aku nak lalui semua nie kalau aku still macam nie..
METAMORPHOSIS!!
ayat mcm aku neh menatang jer..
Tapi, selama 20 taun idop, alam sekeliling la yg byk ajar aku pasal idop kat muka bumi neh..

“A Man Must Learn From His Surroundings “
Tiba2 kepala aku terpikir nak wat quote nie.
Sorry la kalau ada sama ngan sapa2, tapi ini mmg ‘fresh dari ladang’ kepala otak aku..

So, first post nie aku just nak pekik kat satu dunia,
Daun baru.. Still hijau..!!!
Aku tak mau jadik mcm apa yg P Ramlee ckp:
“Dah tua-tua pun BODOH!!”

Okey la,
malas nak gebang lebih2..
Adios!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...