Rakan Bloggers

Showing posts with label Kisah Perantau The Series. Show all posts
Showing posts with label Kisah Perantau The Series. Show all posts

Thursday, December 15, 2011

Kisah Perantau: Episod 2

My Arrival

Jumaat, 2 Oktober 2009.

Kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi Jordan yang hampeh nie. Ishh, bumi anbiya’ nie. Tanah Sham. Suka hati jer cakap hampeh.

Masa mula-mula sampai nie memang aku noob gila. Boleh dikatakan si kosong. Mana tak nyer, aku tak tahu bahasa arab Jordan yang completely different ngan Arabic standard. Then aku tak tahu langsung pasal currency kat Jordan dan macam mana climate dia. Yang aku tahu cuma kat Jordan nie ada salji. Itu saja!
From Egypt to Jordan.

Time sampai memang aku ngah sedih gila sebab kena berpisah dengan sahabat baik aku. Sepatutnya aku study medic kat Alexandria, Egypt tapi ada problem dengan Kementerian Pengajian Tinggi aka MOHE. So, terpaksalah aku ikut order dari pihak atasan untuk posting ke Jordan. Semua lima orang including aku terpaksa transfer dari Alex ke Irbid. Things happened macam aku nie dah join army dah!

Ustaz Arman (kalau tak silap), pegawai embassy ke EMJ ntah, jemput aku kat airport. Time nie aku berdua ngan Bird sebab lagi tiga dah sampai awal. Still sayu terasa sebab tak dapat satu university ngan Kimi, my best friend. Lepas check out, Ulya plak sambut aku macam aku baru balik umrah. Nasib baik ada skuad aku sorang nie kat Jordan, kalau tak, haram aku setuju nak datang.

Lepas selesai semua urusan kat airport,  Ulya dan abg senior bawak aku gi rumah Ustaz Sulaiman, salah sorang pegawai besar kat sini. Time tue kalau tak silap hari Jumaat, dan still dalam bulan syawal. Lepas beraya ngan ustaz, makan2 sket, then gi solat Jumaat. Terubat rindu tak dapat beraya ngan sanak sedara kat Malaysia.

Then, kami bertolak ke Irbid. Sampai kat Irbid, lepak kat rumah MINDEF lama, rumah yang jadi sarang aku hibernate sepanjang winter tahun 2009.. Nie la rumah aku, arwah Lan, Danial dan Amar for our first year. Satu permulaan yang diiringi dengan kesedihan..

Saturday, December 10, 2011

Kisah Perantau: Episod 1


Pengembaraan Bermula

Aku terpanggil untuk cerita kisah-kisah sepanjang aku hidup kat sini. Sekadar nak share ngan korang terutama follower aku yang mostly study kat Malaysia.

Sebenarnya life dekat overseas nie tak sama untuk setiap orang. Masing-masing ada lifestyle yang sendiri. So, setiap cerita adalah unik bagi setiap individu. Ramai jer student kita hidup kat overseas nie macam hidup kat Malaysia. Nothing Different. Bagi aku, amat rugi if hidup kat tempat orang tapi tak belajar apa-apa pasal masyarakat setempat.

Most of the student yang ada kat Jordan nie memiliki satu corak hidup yang amat ‘boring’. Sebab apa boring? Sebab diorang hidup sekadar menjadi seorang pelajar, bukan perantau. Rutin harian mereka; bangun tido, gi kelas, balik kelas, lepak jap, study dan tido. Bapak bosan!

Pernah aku dengar member aku sendiri cakap “tahun nie baru dua kali aku pi balad” (balad bermaksud pasar in Jordanian Arabic). Ada juga yang cakap “aku duk kat sini masak sendiri jer, tak suka la makanan arab”. Hurm..

Inilah reality. Bagi aku, kalau kita berada di negara orang, kita sepatutnya explore persekitaran. Bukan kerajaan hantar korang semata-mata nak study dan perabeh duit. Baik belajar kat Msia jer.. Tol tak?

So, kalau korang nak tahu apa cerita di sebalik tabir hidup aku sepanjang belajar overseas, nantikan post2 kisah perantau. Senang citer, follow jer blog nie..

Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...