Rakan Bloggers
Saturday, March 3, 2012
Kegagalan Adalah Satu Proses Kehidupan
Friday, April 15, 2011
Pehal Blog Aku Temporarily Down?
Monday, April 11, 2011
A Simple Post On Blogging
So, aku ada baca-baca kat beberapa blog cara nak blogging yang mantap. Aku pun tak tahu berkesan atau tak. Tapi aku tak kesah sebab sebenarnya aku cuma nak release segala apa yang ada kat kepala aku nie jer. Korang nak baca ke tak, itu semua pilihan korang.Tips yang paling femes dalam blogging yang aku berjaya faham dan hadam:
1. Tulis ringkas dan padat.
2. Sertakan grafik seperti gambar.
3. Idea yang original.
Aku pun bukannya baru blogging neh. Dah lama. Cuma dah delete akaun lama dan buat baru.
Nak jugak berkongsi cerita, buat cerpen kat dalam blog. Tapi dari aku buat cerpen atau 'cerpom' lebih baik aku tulis novel. Hajat di hati memang nak lahirkan sebuah novel. Haha, ayat last tadi memang dah macam orang PTS.
Tuntasnya, aku cuma akan buat post berjela cuma bila aku terlalu bosan.
Wednesday, March 9, 2011
Our Type..
1. The Romantic: He believes in classic romance. He is constantly bringing her flowers and chocolate and lighting candles during dinner. He calls her often to let her know he is thinking about her and looks into her eyes and tells her how he feels.Why he is so irresistible: A woman loves to feel appreciated, and the romantic guy makes this happen. He uses romantic gestures to show her he is thinking about her. As an added bonus, she feels free to reciprocate and act on her own romantic tendencies.
Monday, March 7, 2011
Sunday, March 6, 2011
Ngantuknyer study!!
Tip belajar – macam mana nak hilang mengantuk masa study?
1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.
2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.
3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!
4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.
Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.
5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.
6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.
Selamat berjaya.
http://sangmentari.wordpress.com/2010/05/18/tip-belajar-macam-mana-nak-hilang-mengantuk-masa-study/
Sunday, February 27, 2011
Reply to Mahadaya - Part II
Tuan berkata:
"Arak sebenarnya menjadikan tubuh manusia kuat dan sihat dgn melancarkan peredaran darah"
Pandangan saya dari segi perubatan:
Saya cuma ingin menyentuh berkenaan isu ini sedikit sahaja kerana terlalu luas bidang perubatan yang berkaitan dengan alcohol.
Sebelum itu, saya sarankan agar tuan search sekiranya terdapat apa-apa istilah yang tuan tidak faham sepanjang penulisan saya ini.
Dari segi saintifik, arak adalah alcohol. Alcohol memang mempunyai kebaikan dan keburukan.
Saya yakin tuan pun telah sedia arif tentang alcohol. Antara keburukan yg memang tak perlu dinyatakan lagi ialah alcohol adalah antara punca utama masalah kerosakan hati (liver).
Di sini, saya ingin menerangkan dari segi BioChemistry iaitu dari segi tindak balas kimia di dalam badan. Di dalam liver (hati), alcohol ditukar ke dalam bentuk Acetaldehyde dengan bantuan enzyme alcohol dehydrogenase. Untuk makluman tuan, Acetaldehyde amat toksik kepada sel-sel yang terdapat dalam badan kita. Cuba bayangkan, jika tuan minum alcohol, analoginya adalah sama seperti tuan meminum sisa toksik. Dan tidak berdosakah tuan sekiranya tuan memudaratkan diri atau lebih teruk, membunuh diri? Sekiranya batu-bata yang digunakan untuk membina rumah telah rosak, bagaimana pula dapat dibina rumah yang teguh dah kukuh? Hal ini samalah seperti perihal badan kita. Sel-sel ibarat bata yang digunakan untuk membina tubuh badan.
Seterusnya, tuan berkata bahawa arak (alcohol) melancarkan peredaran darah. Alcohol sebenarnya bertindak mengurangkan kepekatan darah. Seperti yang kita tahu, darah mengandungi sel darah merah, sel darah putih, platelet, dan beberapa konstituen yang lain. Saya tidak ingin menyentuh tentang sel darah merah dan putih kerana saya andaikan tuan memang sudah faham akan apa kepentingan sel-sel tersebut. Saya cuma ingin mengulas tentang platelets sahaja kerana mungkin amat kurang penjelasan tentang partikel ini.
Platelet adalah amat penting dalam proses hemostasis iaitu proses yang menyebabkan pendarahan terhenti. Pengambilan alcohol menurut kajian memainkan peranan penting dalam menurunkan kadar pengaktifan dan 'aggregation' platelet. Sebagai contoh, akibat kurangnya pengaktifan pletelets, akan timbul masalah seperti Thrombocytopenia(sila search di internet). Untuk pengetahuan tuan, sistem peredaran darah lebih dikenali sebagai 'cardiovascular system'. Pengambilan alcohol secara berlebihan akan menyebabkan kadar kematian yang berkaitan dengan sistem ini lebih tinggi disebabkan kegagalan platelets berfungsi. Sebagai contoh, apabila platelets gagal untuk memainkan peranan utamanya , hal ini akan mengakibatkan pendarahan tidak dapat berhenti, dan mungkin terus membawa kepada hemorrhage. Mungkin tuan akan berkata, 'secara berlebihan' sahaja baru jadi macam tue. Saya ingin tanya tuan, adakah tuan tahu berapa had dan kadar max alcohol untuk diri anda?
Saya rasa cukuplah penjelasan saya tentang darah. Saya sarankan tuan benar-benar dapat kemukakan bukti peranan dan kebaikan alcohol dalam sistem peranakan atau dalam istilah medic 'reproductive system'. Terlalu banyak artikel di internet menceritakan tentang keburukan alcohol berbanding kebaikan dalam reproductive system. Jika ada kelapangan, saya sarankan tuan buatlah research terlebih dahulu sebelum mendakwa atau mengemukakan sesuatu fakta yang saya rasa hanya akan menunjukkan tuan terdesak untuk mencari alasan bagi menghalalkan perkara yang diharamkan.
Akhir sekali, cuba tuan tanya diri tuan,
adakah org2 Islam yg tidak minum arak, tubuh mereka lemah dan kurang upaya? Adakah arak sebenarnya menjadikan tubuh manusia kuat dan sihat?
Harap maaf sekiranya saya terkasar bahasa atau ada kekhilafan berlaku. Saya cuma memberikan pandangan saya dari bidang saya yang tersendiri. Saya hanyalah seorang pelajar perubatan yang jauh lemah di sisi Allah yang maha besar.
Reply to Mahadaya - Part I
Tuan Mahadaya,
saya tertarik untuk memberi komen berdasarkan jawapan tuan kepada unlucky girl.
Tuan berkata:
"Soalan tuan hamba itu terbalik sepatutnya tanya sejak bila arak itu haram"
Dan
"Di dalam al quran, tuhan nyatakan pada arak terdapat beberapa manfaat jadi mengapa manusia tidak mencari apakah manfaat tersebut? "
Dalil di dalam al-Quran:
Ayat 219, surah al-Baqarah.
Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."
Ayat ini menjelaskan bahawa dosa arak adalah lebih besar daripada manfaatnya. Dan apabila Allah berfirman sedemikian, maka secara tidak langsung hukum arak dengan terang adalah haram kerana
1-perbuatan haram bermaksud perbuatan yang dilarang oleh Allah dan
2-makanan yang haram bermaksud makanan yang memudaratkan kesihatan dan
3-perkara-perkara yang haram bermaksud perkara yang memudaratkan, merugikan dan dinyatakan pengharamannya di dalam Al-Quran.
Wahai tuan, seseorang hendaklah mengetahui ilmu al-Quran sebelum mengistinbat (mengeluarkan) hukum daripadanya. Saya faham tuan cuba untuk mentafsir berdasarkan logik tuan namun itu bukanlah cara yang sebenar dalam mentafsir kalam tuhan.
bersambung..
Saturday, February 26, 2011
Benarkah Kata-kata Mahadaya?
Tuan hamba unlucky girl,
Soalan tuan hamba itu terbalik sepatutnya tanya sejak bila arak itu haram. Hukum haram arak ini dicipta oleh paderi2 kristian kemudiannya apabila cipta agama Islam guna hukum yg sama. Di dlm al quran, tuhan nyatakan pada arak terdpt beberapa manfaat jadi mengapa manusia tidak mencari apakah manfaat tersebut? Arak sebenarnya menjadikan tubuh manusia kuat dan sihat dgn melancarkan peredaran darah. Ianya juga menambah kekuatan batin jadi hubungan suami isteri lebih sentosa kerana suami mempunyai kekuatan di dlm hubungan dgn isteri dan di sebabkan inilah tuhan tida mengharamkannya. Perhatikan org2 Islam yg tidak minum arak, tubuh mereka lemah dan kurang upaya dan tidak hairan kebanyakan laman web melayu meletakkan iklan ubat kuat, kerana mereka mmg lemah dari segala segi. Agama tuhan membawa kesejahteraan manakala agama manusia itu lebih byk mudaratnya kerana berhukum dgn akal manakala tuhanlah lebih mengetahui segala sesuatu. Hukum Islam pula sentiasa berubah2 mengikut pendpt ulamak2 yg merasakan diri mereka sebagai tuhan manakala hukum tuhan adalah tetap di sepanjang zaman. Kebangkitan agama tuhan bermaksud kebangkitan hamba2 tuhan yg mempunyai kekuatan dan kebijaksanaan kerana sentiasa memerhatikan perintah2 tuhan. Nabi Nuh selepas banjir besar menanam anggur untuk membuat wain, maka apakah anda menuduh beliau kafir? Di dlm hikayat Hang Tuah menyebut Raja dan pembesar minum arak semasa merayakan sesuatu peristiwa, mmg hamba telah nyatakan bhw kerajaan Malaka tiada kena mengena dgn Islam. Jadi, apa yg hebat ttg Islam?


