Tuan Mahadaya,
saya tertarik untuk memberi komen berdasarkan jawapan tuan kepada unlucky girl.
Tuan berkata:
"Soalan tuan hamba itu terbalik sepatutnya tanya sejak bila arak itu haram"
Dan
"Di dalam al quran, tuhan nyatakan pada arak terdapat beberapa manfaat jadi mengapa manusia tidak mencari apakah manfaat tersebut? "
Dalil di dalam al-Quran:
Ayat 219, surah al-Baqarah.
Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya..."
Ayat ini menjelaskan bahawa dosa arak adalah lebih besar daripada manfaatnya. Dan apabila Allah berfirman sedemikian, maka secara tidak langsung hukum arak dengan terang adalah haram kerana
1-perbuatan haram bermaksud perbuatan yang dilarang oleh Allah dan
2-makanan yang haram bermaksud makanan yang memudaratkan kesihatan dan
3-perkara-perkara yang haram bermaksud perkara yang memudaratkan, merugikan dan dinyatakan pengharamannya di dalam Al-Quran.
Wahai tuan, seseorang hendaklah mengetahui ilmu al-Quran sebelum mengistinbat (mengeluarkan) hukum daripadanya. Saya faham tuan cuba untuk mentafsir berdasarkan logik tuan namun itu bukanlah cara yang sebenar dalam mentafsir kalam tuhan.
bersambung..
No comments:
Post a Comment