Rakan Bloggers

Sunday, February 27, 2011

Reply to Mahadaya - Part II

Kali nie aku berhujah dari segi sainstifik plak..
Para doktor, senior, rakan seperjuangan dan sesiapa yang arif dalam bab neh, boleh tolong perbetul jika ada salah dan silap yer.. Baru belajar medic jer neh..

(sambungan)
Tuan berkata:
"Arak sebenarnya menjadikan tubuh manusia kuat dan sihat dgn melancarkan peredaran darah"

Pandangan saya dari segi perubatan:

Saya cuma ingin menyentuh berkenaan isu ini sedikit sahaja kerana terlalu luas bidang perubatan yang berkaitan dengan alcohol.

Sebelum itu, saya sarankan agar tuan search sekiranya terdapat apa-apa istilah yang tuan tidak faham sepanjang penulisan saya ini.

Dari segi saintifik, arak adalah alcohol. Alcohol memang mempunyai kebaikan dan keburukan.
Saya yakin tuan pun telah sedia arif tentang alcohol. Antara keburukan yg memang tak perlu dinyatakan lagi ialah alcohol adalah antara punca utama masalah kerosakan hati (liver).

Di sini, saya ingin menerangkan dari segi BioChemistry iaitu dari segi tindak balas kimia di dalam badan. Di dalam liver (hati), alcohol ditukar ke dalam bentuk Acetaldehyde dengan bantuan enzyme alcohol dehydrogenase. Untuk makluman tuan, Acetaldehyde amat toksik kepada sel-sel yang terdapat dalam badan kita. Cuba bayangkan, jika tuan minum alcohol, analoginya adalah sama seperti tuan meminum sisa toksik. Dan tidak berdosakah tuan sekiranya tuan memudaratkan diri atau lebih teruk, membunuh diri? Sekiranya batu-bata yang digunakan untuk membina rumah telah rosak, bagaimana pula dapat dibina rumah yang teguh dah kukuh? Hal ini samalah seperti perihal badan kita. Sel-sel ibarat bata yang digunakan untuk membina tubuh badan.

Seterusnya, tuan berkata bahawa arak (alcohol) melancarkan peredaran darah. Alcohol sebenarnya bertindak mengurangkan kepekatan darah. Seperti yang kita tahu, darah mengandungi sel darah merah, sel darah putih, platelet, dan beberapa konstituen yang lain. Saya tidak ingin menyentuh tentang sel darah merah dan putih kerana saya andaikan tuan memang sudah faham akan apa kepentingan sel-sel tersebut. Saya cuma ingin mengulas tentang platelets sahaja kerana mungkin amat kurang penjelasan tentang partikel ini.

Platelet adalah amat penting dalam proses hemostasis iaitu proses yang menyebabkan pendarahan terhenti. Pengambilan alcohol menurut kajian memainkan peranan penting dalam menurunkan kadar pengaktifan dan 'aggregation' platelet. Sebagai contoh, akibat kurangnya pengaktifan pletelets, akan timbul masalah seperti Thrombocytopenia(sila search di internet). Untuk pengetahuan tuan, sistem peredaran darah lebih dikenali sebagai 'cardiovascular system'. Pengambilan alcohol secara berlebihan akan menyebabkan kadar kematian yang berkaitan dengan sistem ini lebih tinggi disebabkan kegagalan platelets berfungsi. Sebagai contoh, apabila platelets gagal untuk memainkan peranan utamanya , hal ini akan mengakibatkan pendarahan tidak dapat berhenti, dan mungkin terus membawa kepada hemorrhage. Mungkin tuan akan berkata, 'secara berlebihan' sahaja baru jadi macam tue. Saya ingin tanya tuan, adakah tuan tahu berapa had dan kadar max alcohol untuk diri anda?

Saya rasa cukuplah penjelasan saya tentang darah. Saya sarankan tuan benar-benar dapat kemukakan bukti peranan dan kebaikan alcohol dalam sistem peranakan atau dalam istilah medic 'reproductive system'. Terlalu banyak artikel di internet menceritakan tentang keburukan alcohol berbanding kebaikan dalam reproductive system. Jika ada kelapangan, saya sarankan tuan buatlah research terlebih dahulu sebelum mendakwa atau mengemukakan sesuatu fakta yang saya rasa hanya akan menunjukkan tuan terdesak untuk mencari alasan bagi menghalalkan perkara yang diharamkan.

Akhir sekali, cuba tuan tanya diri tuan,
adakah org2 Islam yg tidak minum arak, tubuh mereka lemah dan kurang upaya? Adakah arak sebenarnya menjadikan tubuh manusia kuat dan sihat?

Harap maaf sekiranya saya terkasar bahasa atau ada kekhilafan berlaku. Saya cuma memberikan pandangan saya dari bidang saya yang tersendiri. Saya hanyalah seorang pelajar perubatan yang jauh lemah di sisi Allah yang maha besar.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...