Rakan Bloggers

Showing posts with label Happening Today. Show all posts
Showing posts with label Happening Today. Show all posts

Monday, November 21, 2011

Nasionalisme dan bola sepak.


Yup. Post nie memang berkaitan ngan game Malaysia vs Indonesia. Game yang boleh dikatakan ‘el-classico’ of the South East Asia. Satu game yang amat-amat dinantikan oleh fans bola sepak tanah air.

Nasionalime. Ideology yang diasaskan sejak sekian lama. Menular di semenanjung kepulauan nusantara sejak penubuhan negara-negara moden, negara bangsa yang diasaskan para penjajah. Lebih tepat apabila tertubuhnya gagasan Malaysia.

Nasionalime adalah antara factor berlakunya WWI dan WWII. No wonder la pertemuan antara Malaysia dan Indonesia sentiasa panas. Walaupun serumpun dan seakidah, krisis dan konflik tak pernah lekang, starting with ‘Ganyang Malaysia’. Sebab..

Nationalism + fanaticism = ?

Malaysia vs Indonesia.
Antara dendam dan maruah, blended with political and social issues. Bukan sekadar penentu pingat emas sukan SEA tapi battlefield antara dua Negara..
Final game Malaysia vs Indonesia sepatutnya menjadi jambatan silaturahim antara kedua-dua negara. Namun sebab sikap yang ‘tidak bertamadun’ dan lack of sportsmanship ( membakar bendera dan tidak hormat lagu kebangsaan other country), objektif sebenar SEA games tidak dapat dicapai.

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!
Pss: Harap-harap Malaysia 3 – 0 Indonesia..

Nota: cuba korang sambung equation kat atas. Comment kat bawah..

Tuesday, October 4, 2011

Motosikal Yang Stylo Ditemui di Wangsa Walk..


Nie adalah gambar motor yang member aku, Muhammad Hafiz Mokhtar and friends berjaya snap.

Sebenarnya member dia yang snap. Tapi dia upload letak dalam FB dia.
Lokasi: sekitar wangsa maju (Wangsa Walk)

Dah macam moto batman dah.. haha

Kreatif betol tuan empunya motor nie. Antara manusia spesies rare jugak la nak jumpak dalam kalangan rakyat Malaysia yang meme pemalas nie. Biar berpanas dan berhujan, tak penah pikir nak pasang bumbung!

Modenas, prototype please..   

Nota: Kalau guna motor nie merempit, memang terangkat semua tayar! haha

Thursday, April 21, 2011

Pilihan Raya PERMAI: Proses Pencalonan Telah Berakhir.

IRBID: Bahang pilihan raya Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid Jordan (PERMAI) kian terasa apabila Jawatankuasa Pilihan Raya, JPR PERMAI telah mengumumkan senarai calon yang layak diundi pada pagi ini, Khamis 21 April.

Seramai 20 orang calon yang mendapat pencalonan terbanyak layak untuk bertanding dalam pilihan raya PERMAI sesi 2011/2012. Dari jumlah tersebut, sebanyak sepuluh orang syabab (lelaki) dan sepuluh orang akhawat (perempuan) berjaya disenarai pendekkan.
Ahli JPR PERMAI mengira borang pencalonan dengan telus. 
Antara nama yang menjadi bualan hangat untuk menduduki kerusi Presiden PERMAI bagi sesi kali ini merupakan calon yang tidak pernah bertanding sebelum ini manakala calon-calon yang bertanding untuk kerusi Ketua Helwi rata-ratanya adalah calon yang berpengalaman dalam pilihanraya sebelum ini.

"Pilihan raya kali ini agak sengit dengan beberapa nama yang berjaya disenarai pendekkan hanya dibezakan dengan satu atau dua pencalonan." ujar Pengarah JPR Sesi 2011/2012, saudara Salam Abdullah.

Dengan pengumuman senarai pendek calon yang layak bertanding bagi pilihan raya ini, secara rasminya proses pencalonan telah berakhir manakala proses berkempen pula akan bermula pada 24 April 2011 dan akan berakhir pada 28 April 2011.

Sila klik read more untuk melihat senarai calon yang layak bertanding..

Wednesday, April 20, 2011

Bahasa Arab Second Language di Australia


Bahasa Arab Nombor Dua di Australia




SYDNEY: Bahasa Arab sering digunakan sebagai bahasa perbualan kedua selepas bahasa Inggeris di kalangan golongan muda di Australia. 

Satu kajian terbaru mendedahkan seorang setiap lapan kanak-kanak yang mampu berbual dalam beberapa bahasa, menggunakannya di rumah.



Indeks Pembangunan Awal Australia (AEDI), kajian yang mendapat sokongan kerajaan membabitkan 260,000 kanak-kanak tahun pertama persekolahan, mendapati 18 peratus berbual dalam satu bahasa selain Inggeris.
Walaupun tiada negara Arab menduduki 15 tangga teratas negara kelahiran kanak-kanak di Australia, seramai 5,565 menggunakan bahasa berkenaan di rumah, 11.8 peratus lagi oleh kanak-kanak yang menguasai beberapa bahasa. 

Bahasa Vietnam juga banyak digunakan dengan 8.4 peratus, diikuti Greek, dialek Cina dan Hindi di mana kurang 5.0 peratus menggunakannya. – AFP




source: Berita Harian 16 APRIL 2011
URL: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BahasaArabnomborduadiAustralia/Article


Nota: "Lughatul Arabiyyah, Lughatul Jannah"

Thursday, March 10, 2011

JUST Campus Election..

IRBID: Today is one of the most awaited day for all JUSTinians. For what? To voice out our right! Our right to choose the leadership of our beloved faculty, the Faculty of Medicine and Surgery. Hope, joy, tense and others are well mixed today. The busiest day, highest number of crowd ever witnessed with my bare eyes.

I'm not going to spoil the colourful day of today by describing it. Let the picture explain everything! Enjoy!

Where's Everyone?

Friday, February 25, 2011

Doktor Lulusan Overseas Tak Cekap? - Part IV

Apa pendapat korang pasal solusi baru kerajaan neh? Macam menarik..

Tapi bila fikir balik, sebagai pelajar perubatan overseas, macam mana pendapat korang?

Baru lepas grad, kita still fresh kott.. Mintak-mintak la dimudahkan segala urusan bila dah balik nanti yer (lambat lagi aku nak habis).

Dari jejak kaki kat KLIA, sampai la habis 'housementship', harap semua berjalan lancar..

(Mintak2 la exam neh tak susah)


Peperiksaan standard untuk semua doktor lulusan luar negara

2011/02/25

JAKARTA: Kementerian Kesihatan sedang mengkaji kemungkinan memperkenalkan satu peperiksaan standard bagi semua lulusan perubatan dari universiti luar negara dalam usaha mengatasi masalah pengiktirafan terhadap kursus kedoktoran yang mereka jalani.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pegawai kementeriannya sedang meneliti perkara itu dalam pindaan Akta Perubatan yang kini sedang dalam peringkat akhir penyediaan draf pindaan itu.

"Hanya dengan menduduki satu peperiksaan yang standard dan kemudian menjalani tempoh latihan selama dua tahun, doktor lulusan mana-mana universiti luar negara akan diiktiraf dan mereka boleh menjalankan praktis sebagai seorang doktor," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Liow berkata rang undang-undang pindaan akta itu diharap dapat dibentangkan di Parlimen pada tahun ini, namun beliau tidak dapat memberi kepastian secara tepat bila ia dapat dibentangkan.

Beliau berkata Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sebelum ini juga mencadangkan supaya diperkenalkan kaedah peperiksaan yang standard itu sebagai jalan keluar kepada masalah pengiktirafan terhadap universiti-universiti yang mengendalikan kursus perubatan.

Pada masa ini, Malaysia telah mengiktiraf lebih 300 universiti di luar negara yang mengendalikan kursus perubatan dan proses memberi sesuatu pengiktirafan itu mengambil masa yang panjang.

"Kita ada jawatankuasa bersama, ada MMC, Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) dan Kementerian Kesihatan (MOH) yang bertanggungjawab memberi pengiktirafan.

"Apa yang diamalkan sekarang ialah jawatankuasa ini akan buat lawatan ke universiti-uiniversiti berkaitan untuk melihat subjek dan kurikulum dan MMC kemudian akan memberi akreditasi," katanya.

Liow menjelaskan bahawa cadangan dalam pindaan Akta Perubatan itu akan menetapkan semua lulusan kursus kedoktoran, sama ada yang telah mendapat pengiktirafan atau belum diiktiraf supaya menduduki satu peperiksaan yang standard bagi menguji pengetahuan dan kebolehan mereka.

Beliau tidak menolak kemungkinan adanya pihak, khususnya lulusan universiti ternama di luar negara, yang akan mempertikai keperluan peperiksaan itu namun ia bukan perkara yang perlu mereka khuatirkan kerana jika mereka benar-benar berkualiti, peperiksaan itu bukan merupakan masalah.

Mengenai masalah pengiktirafan Malaysia yang belum diberikan kepada Universiti Negeri Surakarta 11 Maret, Solo, Jawa Tengah, Liow berkata beliau sudah meminta pegawai kementeriannya melihat perkara itu.

Liow berkata beliau tidak mengetahui di peringkat mana proses pemberian pengiktirafan itu dan menjelaskan bahawa kelulusan di pihak kementeriannya boleh diberikan jika syarat-syarat yang ditetapkan telah dipenuhi.

Sejumlah 26 pelajar dari Malaysia, sedang menuntut di Uni 11 Maret, Solo, dan kumpulan pertama tujuh pelajar Malaysia seramai enam orang telah menamatkan kursus Sarjana Muda Sains Perubatan dan sedang menjalani tempoh latihan di Hospital Dr Moewardi, Solo.

Pengerusi Tetap Pusat Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Mohd Nazaluddin Mat Nazir, berkata Uni 11 Maret berada pada kedudukan keempat daripada ratusan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Indonesia dan fakulti perubatan di universiti itu berada pada kedudukan kelima daripada seluruh IPTA di Indonesia.

Uni 11 Maret juga terdaftar dalam Direktori Avicenna, yang menyenaraikan sekolah perubatan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini memberi alasan menangguhkan pengiktirafan untuk Uni 11 Maret itu beberapa tahun lalu kerana akan memperkenalkan peperiksaan standard untuk doktor lulusan luar negara, namun dalam tempoh itu ia telah memberi kelulusan kepada beberapa universiti di Poland dan Austria dan tidak memberi keutamaan kepada Uni 11 Maret," katanya.

Mohd Nazaluddin, yang juga salah seorang pelajar kumpulan pertama universiti itu berkata semua pelajar Malaysia di situ merupakan pelajar yang membiayai sendiri yuran pengajian mereka.

Pihaknya memperjuangkan untuk mendapatkan pengiktirafan itu kerana ia merupakan syarat untuk mereka memohon mendapatkan pinjaman pelajaran atau biasiswa.

Sebelum ini, lebih 30 pelajar Malaysia menuntut di universiti itu namun bilangan itu berkurangan sebab ada yang sudah tidak mampu nenanggung pembiyaan yang begitu tinggi, katanya.

Daripada kumpulan itu, ada dua pelajar dari Selangor mendapat bantuan pelajaran Baitulmal Selangor dan ia boleh meringankan beban perbelanjaan mereka. - BERNAMA

Thursday, February 24, 2011

Orang Minyak Punya Hal..

Minyak oh minyak..

Dalam dua tiga hari neh, ekonomi dunia memang tak stabil. Harga minyak naik, pasaran saham jatuh. Semua sebab Libya bergolak.. Pe kehe yob?

Harga minyak dunia naik lagi. AS$88 setong kat pasaran Asia. Nie dah leh kire dah sampai paras yg amat tinggi dan melampau dah neh.. Apa la dah jadik sekarang. OPEC, korang okey tak sebenarnya neh? Kesian kat Nikkei ngan Hang Seng. (KLCI sekali la..)

Bila minyak naik, abis semua kena tempias.. Barang mesti naik. Alasan, "minyak manyak mahal maa.. mau shipping lagi, mau apa lagi.. haiyaa." nie alasan yg kerap kali kita dengar kat Malaysia.
Tapi pas harga minyak dah reda, dah turun, haram korang nak turunkan harga balik..

Kat Jordan? Hah, nie lagi menyakitkan hati.. Asal naik taxi jer, konpem alasan harga minyak naik. Dah la minyak memang mahal tahap cipan kat sineh, drebar2 taxi sekalian asik nak amik kesempatan saja.. Seliter dalam RM3 lebih jugak la..

Dua tiga ari lepas, sempat gua sembang ngan pak cik taxi neh.. Amat peramah orangnya. Sembang pasal apa lagi, pasal harga minyak la.. Tue jer modal diorang nak cekik budak2 melayu.. Then bila dia tanya pasal harga minyak kat Malaysia, baru gua teringat rupa-rupanya minyak Malaysia nie still kategori murah la kalau nak compare ngan negara lain. Tapi jgn lupa plak, murah sebab compare ngan negara bukan ahli OPEC. Kalo compare ngan Arab Saudi? memang makan cacian la..

Aku rasa orang Melayu zaman dulu memang pandai dalam ramalan kaji cuaca sekarang neh.
Kalo x masakan wujud peribahasa "bagai menatang minyak yang penuh". Maybe dah leh predict dah minyak neh amat berharga suatu hari nanti. hurmmm..

Bila baca paper kat tenet neh, aku rasa macam kerajaan Malaysia neh profesional plak rasanya.

"Kerajaan akan melihat secara keseluruhan situasi yang berlaku dah tidak sekadar menaikkan harga petrol berikutan tindakan itu tidak menyumbang kepada pengurangan belanja kerajaan dalam pemberian subsidi," kata Pak Mail.

Emm, subsidi ada berbelas bilion pun harga minyak still mahal gak. Hampeh!

Apa-apa pun, syabas la kerajaan Malaysia kalo korang berjaya untuk tak naikkan harga minyak.
sekarang pun rate dah tinggi, kalo naik lagi memang jalan kaki la jawabnya.

Thursday, February 17, 2011

Doktor Lulusan Overseas Tak Cekap? - Part III

From My Point of View:

Tak semua 'medical school' di 'overseas' bagus dan tak semua 'med school' tidak bagus. Kerajaan Malaysia pun ada garis panduan dalam meluluskan beberapa med school di luar negara. Jangan kerana hanya sesetengah 'med school' yang kurang berkualiti, semua doktor lepasan luar negara di cop tidak cekap.

Persoalannya sekarang, sejauh mana kerajaan Malaysia betol-betol serius dalam menjaga kualiti atau standard yang diorang dah tetapkan..? Mungkin kerajaan iktiraf sesebuah universiti tue dari segi sistem pembelajaran dan teknologi yang ada tapi lupa untuk mengambil kira keberkesanan sistem pengajaran dan pembelajaran universiti-universiti yang dah diluluskan. Kerajaan memang perlu memantau secara berterusan agar standard dan piawaian yang dah ditetapkan terutamanya dari aspek praktikal diikuti oleh pihak universiti luar negara.

Kelemahan Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) dalam menapis kualiti para pelajar yang ke luar negara juga harus diambil kira. Sebagai contoh, ada medical student di beberapa universiti yg diiktiraf kerajaan bukan dari aliran sains semasa di sekolah dahulu dan ada juga yang hanya berbekalkan tiga atau empat A dalam SPM.

Tambahan pula, ada beberapa universiti kat luar memang mementingkan wang semata-mata tanpa mempedulikan para pelajar. Ada juga med school yang meletakkan yuran yang terlalu tinggi untuk satu kredit hour bagi pelajar asing namun pulangan yang diberikan kepada para pelajar boleh dikatakan hampeh sampai wujud kata-kata seperti "cadaver untuk study pun macam jeruk, dah tak fresh la".

Selain itu, sistem pembelajaran di universiti luar negara juga tidak sama dengan sistem yang diguna pakai di Malaysia. Ada universiti yang mengutamakan aspek teori sebelum beralih kepada praktikal. Ada universiti yang mengutamakan kedua-dua aspek secara selaras. Dan ada juga universiti yang mengutamakan teori semata-mata.

Alhamdulillah, sistem kat Jordan nie agak berkesan kerana mementingkan kedua-dua aspek. Kami belajar teori selama 3 tahun dan beralih kepada praktikal selama 3 tahun. Namun ada rakan-rakan di Russia belajar teori dengan terlalu 'detail' sampaikan ada subjek penting hanya dipelajari pada tahun tiga atau empat.

Dari aspek teknologi, memang Malaysia lebih maju berbanding sesetengah negara. Memang tidak dinafikan, Malaysia amat dipandang tinggi di sini kerana kemajuan yang dikecapi. Jadi, mungkin timbul isu beberapa negara teknologinya jauh ketinggalan dari negara kita. "sepuluh tahun? macam 20 tahun jer teknologi kat jordan neh ketinggalan. Tapi medical equipments top class."

Jadi, jika menyentuh kecekapan para doktor lulusan luar negara, amatlah tidak adil untuk diletakkan di bahu para pelajar semata-mata. Pihak kerajaan seharusnya mengambil berat hal ehwal dan luahan hati para pelajar atau doktor lulusan luar negara dalam memastikan pelaburan dalam sektor kesihatan ini berbaloi. Pemantauan from time to time adalah idea yang amat bernas.

Doktor Lulusan Overseas Tak Cekap? - Part II


Pelajar luar negara akui kurang latihan praktikal


Hanya banyak belajar teori punca ramai doktor tidak cekap


KUALA LUMPUR: Pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian perubatan di beberapa universiti di luar negara mendedahkan mereka lebih banyak mempelajari teori, manakala latihan praktikal amat berkurangan.

Sebilangan besar komen yang diterima dalam Berita Harian Online (BH Online) berhubung isu doktor pelatih tidak cekap dan kompeten, berkata keadaan itu menyebabkan mereka tidak dapat menjalankan kemahiran klinikal secara sempurna.
“Kami tidak dibenarkan untuk menyentuh pesakit, sedangkan di Malaysia perkara itu menjadi satu keperluan untuk pelajar perubatan. Kami banyak belajar teori saja tetapi dari segi praktikal amat kurang.

“Tambahan pula Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mewajibkan pelajar untuk melakukan praktikal mengikut negara masing-masing, maka tidak hairanlah mengapa timbul masalah ketika ‘housemanship’.

“Oleh itu, kami sangat berharap kerajaan dan MMC mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membela nasib kami di perantauan ini,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai bakal doktor.

Seorang lagi pelajar yang memperkenalkan diri sebagai ‘pelajar perubatan Russia’, merayu kerajaan supaya tidak lagi menghantar pelajar tempatan ke negara itu kerana mendakwa mutu dan kualiti pembelajaran di negara itu amat rendah.

“Mereka hanya mementingkan wang... adalah tidak wajar salahkan kami seratus peratus sekiranya kami kurang cekap ketika menjalani ‘housemanship,” katanya.

Pelajar yang mahu dikenali sebagai studentmedic dalam komennya berkata, pemantauan pelajar perubatan tempatan di luar negara harus dilakukan secara berterusan dengan lebih tertumpu kepada latihan praktikal.

“Kami tidak dibenarkan membuat latihan amali di hospital di Malaysia dan pada masa sama, kami tidak dibenarkan menyentuh pesakit di negara pengajian kami atas alasan kami pelajar asing.

“Jadi bagaimana dengan hanya berbekalkan teori semata-mata tanpa praktikal sewajarnya dapat menjanjikan kemahiran klinikal yang sempurna,” katanya.

Sementara itu, seorang ibu dalam komennya mendakwa anaknya memaklumkan universiti tempatnya belajar di Russia agak ketinggalan berbanding kemajuan yang dicapai Malaysia.

Beliau mempersoalkan mengapa Majlis Amanah Rakyat (MARA) menghantar pelajar tajaannya ke negara berkenaan.

“Menurut anak saya Russia umpama 10 tahun kebelakang daripada Malaysia.

“Persoalannya mengapa pelajar yang cemerlang ini harus menerima latihan di negara yang standardnya amat rendah... saya berasa sangat simpati apabila anak saya menyuarakan kemungkinan penguasaan bahasa Inggeris mereka juga semakin berkurangan.

“Ini kerana terpaksa berkomunikasi dengan pensyarah yang tidak fasih bahasa Inggeris kerana mereka sangat bangga dengan bahasa ibunda mereka,” katanya.

source: Berita Harian 17 Feb 2011




Wednesday, February 16, 2011

Doktor Lulusan Overseas Tak Cekap?

Kursus perubatan universiti luar akan dipantau: Khaled


KOTA KINABALU: Pegawai Kementerian Pengajian Tinggi akan dihantar ke universiti di luar negara yang diiktiraf kerajaan untuk kursus perubatan bagi membuat penilaian, sejajar usaha menangani pelbagai isu, termasuk doktor pelatih yang dikatakan tidak cekap. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata rombongan pegawai kementerian akan turut disertai wakil daripada penaja pelajar dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

“Lawatan ini bertujuan memeriksa piawaian ditetapkan universiti terbabit, terutama aspek kurikulum dan kualitinya.

“Jika benar ia berlaku (kelemahan), kita akan mencari penyelesaian terbaik secara kolektif.

“Kerajaan menyedari kepentingan membuat penilaian berkala terhadap institusi pengajian tinggi di luar negara, tetapi ia membabitkan banyak pihak dan lokasi, selain faktor tenaga, masa dan kos.

“Kita tidak mahu mengaitkan isu ini dengan doktor pelatih berkelulusan negara tertentu, sebaliknya akan melawat semua institusi perubatan di luar negara yang diiktiraf kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis pecah tanah projek penempatan semula penduduk Kampung Lokub bersempadanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah di Sepanggar dekat sini, semalam.

Turut hadir Pembantu Menteri Sumber dan Teknologi Maklumat merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai, Datuk Jainab Ahmad dan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar.
Malaysia mengiktiraf kira-kira 370 universiti di dalam dan luar negara untuk program kursus perubatan. Antara negara yang diiktiraf ialah Indonesia, India, Russia, United Kingdom, Amerika Syarikat, Jerman, Mesir, Australia, Taiwan, Ukraine, Jordan, Arab Saudi, New Zealand, Pakistan, Myanmar dan Bangladesh.

Semalam, Berita Harian melaporkan tahap kemahiran lebih 3,000 doktor pelatih terutama lulusan luar negara yang mengikuti latihan ‘housemanship’ di hospital kerajaan dipersoalkan apabila ada antara mereka tidak cekap melakukan prosedur asas pemeriksaan kesihatan.

Ditanya bila lawatan itu akan dilakukan, Mohd Khaled berkata, prosedurnya tidak mudah seperti yang disangka selain memerlukan persetujuan semua pihak terbabit kerana ia membabitkan soal tenaga, kos dan masa.

“Oleh kerana tempat pengajian terhad bagi jurusan perubatan di negara ini menyebabkan ramai yang belajar di luar negara.

“Kerajaan tidak mampu menyediakan tempat untuk semua pelajar yang mahu mengambil jurusan perubatan di dalam negara.

“Kita mengutamakan soal kualiti dengan nisbah satu pensyarah bagi setiap empat pelajar, selain mesti menyediakan hospital untuk program klinikal,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya menyedari masalah yang dihadapi sebahagian PPS yang menjalani latihan di 38 hospital kementerian dan tiga hospital universiti di negara ini.

Beliau berkata, kementerian sentiasa berusaha memastikan mereka dibimbing dan dibantu bagi memperoleh pengetahuan serta kemahiran mencukupi.

Katanya, pada masa ini, terdapat 29 sekolah perubatan di negara ini dengan 11 sekolah perubatan dikendali institut pengajian tinggi awam, selebihnya institut pengajian tinggi swasta mengeluarkan PPS ini.

“Selain itu, graduan dari luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Indonesia, Timur Tengah, Russia dan India.

“Dengan graduan dari pelbagai persekitaran pembelajaran dengan budaya dan sistem kurikulum pendidikan yang berbeza sudah pasti mempunyai pengetahuan dan pengalaman berbeza khususnya dari segi pengalaman klinikal,” katanya dalam satu kenyataan kepada Berita Harian di sini, semalam.

Berikutan itu, katanya kerajaan membuat keputusan pada 2008 untuk memanjangkan tempoh latihan PPS dari satu tahun kepada dua tahun dan mereka perlu menjalani latihan dalam enam bidang utama iaitu perubatan dalaman, pediatrik, pembedahan am, ortopedik, obstetrik dan ginekologi dan perubatan kecemasan atau anestesiologi, masing-masing selama empat bulan.

Beliau berkata, mereka juga diberi pendedahan klinikal, bimbingan dan tunjuk ajar mengenai prosedur klinikal yang tertentu serta dinilai pakar perubatan dan pegawai perubatan berpengalaman.

Liow berkata, sepanjang tempoh penempatan itu, jika mereka tidak menunjukkan kemampuan dan kemahiran klinikal yang mencukupi di akhir sesuatu penempatan selama empat bulan, penempatan mereka akan dipanjangkan bagi tempoh tiga bulan lagi.

source: Berita Harian 16 Feb 2011
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kursusperubatanuniversitiluarakandipantau_Khaled/Article/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...