Rakan Bloggers

Thursday, April 21, 2011

Pilihan Raya PERMAI: Proses Pencalonan Telah Berakhir.

IRBID: Bahang pilihan raya Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid Jordan (PERMAI) kian terasa apabila Jawatankuasa Pilihan Raya, JPR PERMAI telah mengumumkan senarai calon yang layak diundi pada pagi ini, Khamis 21 April.

Seramai 20 orang calon yang mendapat pencalonan terbanyak layak untuk bertanding dalam pilihan raya PERMAI sesi 2011/2012. Dari jumlah tersebut, sebanyak sepuluh orang syabab (lelaki) dan sepuluh orang akhawat (perempuan) berjaya disenarai pendekkan.
Ahli JPR PERMAI mengira borang pencalonan dengan telus. 
Antara nama yang menjadi bualan hangat untuk menduduki kerusi Presiden PERMAI bagi sesi kali ini merupakan calon yang tidak pernah bertanding sebelum ini manakala calon-calon yang bertanding untuk kerusi Ketua Helwi rata-ratanya adalah calon yang berpengalaman dalam pilihanraya sebelum ini.

"Pilihan raya kali ini agak sengit dengan beberapa nama yang berjaya disenarai pendekkan hanya dibezakan dengan satu atau dua pencalonan." ujar Pengarah JPR Sesi 2011/2012, saudara Salam Abdullah.

Dengan pengumuman senarai pendek calon yang layak bertanding bagi pilihan raya ini, secara rasminya proses pencalonan telah berakhir manakala proses berkempen pula akan bermula pada 24 April 2011 dan akan berakhir pada 28 April 2011.

Sila klik read more untuk melihat senarai calon yang layak bertanding..




Watikah daripada Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya Permai Sesi 2011/2012 :

Merujuk perkara di atas, saya dengan berbesar hatinya mengumumkan calon-calon yang layak untuk 

bertanding dalam pilihanraya PERMAI bagi sesi 2011/2012.

Calon-calon tersebut ialah:

SYABAB JUST
1. Wan Muhammad Najib bin Wan Mohd Daud
2. Ahmad Hidayat Hasni bin Mat Isa
3. Ulya Aqamah bin Husamudin
4. Muhamad Arif Hakimi bin Mohd Noor
5. Muhammad Naim Bin Deraman

SYABAB YARMOUK
1. Muhammad Sahel bin Nordin
2. Mohamad Norhelmy bin Shamsuddin
3. Ammar bin Ismail
4. Muhammad Iz’aan bin Azalan
5. Ahmad Firdaus bin Kadir

AKHAWAT JUST
1. Nurul Kauthar Binti Mohd Khari
2. Siti Fatimah binti Ismail
3. Raihana binti Ahmad Nazri
4. Nur Farah Aisyah binti Nazim
5. Farhanah binti Tajurudin

AKHAWAT YARMOUK
1. Nafeesa Ayesha Bt Ahmad Fauzi
2. Anisatul Qalbi Bt Mohd Sofiyuddin
3. Afifah binti Hamdan
4. Sarah binti Abdul Razak
5. Nurul Hasna' Binti Hazni



sumber: Jawatankuasa Pilihan Raya PERMAI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...