Rakan Bloggers

Saturday, March 3, 2012

Kegagalan Adalah Satu Proses Kehidupan

Aku suka baca blog motivasi. Dan aku tertarik dengan satu post yang dah berusia empat minggu lepas dari sebuah blog yang aku suka follow. Sebab aku tertarik coz memang post tue kena kat aku sendiri. Memang sekarang aku tengah stress, level yang aku sendiri tak boleh tangani. So, aku pun baca la dengan rakusnya post tue..

Tapi yang aku nak bagitau not about the whole post. Kalau nak baca full article, boleh klik kat sini dan baca sendiri. Aku cuma nak sentuh sikit saja pasai post tue. Bukan apa pun, cuma aku suka dengan apa yang dia kata dan memang betul pun!

The point is: Kegagalan Adalah Satu Proses Kehidupan


Nie adalah apa yang dikatakan penulis blog tue..

Tahukah anda bahawa setiap kegagalan yang anda pernah,sedang dan akan lalui adalah suatu proses-proses kehidupan? Ya, jatuh, bangun,jatuh dan bangun semula itu adalah proses normal kehidupan kepada anda, mereka dan saya sendiri untuk kita menjadi seorang manusia yang benar-benar kuat, hebat dan berjaya!
Justeru kita tida boleh sama sekali merasa keluh, kesah, dan kecewa, akan segala kegagalan yang berlaku kepada kita. Gagal, jatuh dan sesekali ‘down’ di dalam hidup itu adalah normal, dik. Semua orang pernah merasakan kegagalan di dalam hidup. Namun selepas itu mereka mampu untuk bangkit semula dan menjadi seorang manusia yang benar-benar hebat dan berjaya.
Percayalah, pada setiap kejatuhan itu, pasti ada bangunnya suatu hari nanti, andai kita terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri kita.
Tapi,
aku cuma tak setuju bab sesekali down tue.. Aku dah berkali-kali down kott!! Tapi, aku tak terus buat conclusion. Aku terus baca lagi.. Ada satu benda yang aku rasa aku dah buat tapi kurang yakni terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri.

So, sekarang nie aku cuba menelan kesakitan dan keperitan hidup nie buat seketika. Aku akan cuba fikirkan cara nak majukan diri, bangun semula selepas bertahun-tahun aku jatuh. Terus terang aku cakap kalau korang kat tempat aku, korang mesti dah tak nak hidup punya la. Cakap saja aspek apa, macam2 aku rasa.

Sekian

Nota: Aku bukan takat gagal saja tapi sampai jadi health case terus. Depression sampai terpaksa ambil pil tidur, sebab terlalu stress dan kemungkinan untuk membahayakan diri sendiri..

Friday, March 2, 2012

Standing In The Eyes Of The World


Dah lama tak update blog.. =)
Sekadar lagu sebagai starter/appetiser..




Pahit getir hidup... 
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, 
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula, 
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, 
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba... 

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Song: Standing In The Eyes Of The World
Singer: Ella
Album: Commonwealth 98 OST.


Nota: Lagu yang menyedarkan aku banyak benda!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...