Rakan Bloggers

Saturday, March 3, 2012

Kegagalan Adalah Satu Proses Kehidupan

Aku suka baca blog motivasi. Dan aku tertarik dengan satu post yang dah berusia empat minggu lepas dari sebuah blog yang aku suka follow. Sebab aku tertarik coz memang post tue kena kat aku sendiri. Memang sekarang aku tengah stress, level yang aku sendiri tak boleh tangani. So, aku pun baca la dengan rakusnya post tue..

Tapi yang aku nak bagitau not about the whole post. Kalau nak baca full article, boleh klik kat sini dan baca sendiri. Aku cuma nak sentuh sikit saja pasai post tue. Bukan apa pun, cuma aku suka dengan apa yang dia kata dan memang betul pun!

The point is: Kegagalan Adalah Satu Proses Kehidupan


Nie adalah apa yang dikatakan penulis blog tue..

Tahukah anda bahawa setiap kegagalan yang anda pernah,sedang dan akan lalui adalah suatu proses-proses kehidupan? Ya, jatuh, bangun,jatuh dan bangun semula itu adalah proses normal kehidupan kepada anda, mereka dan saya sendiri untuk kita menjadi seorang manusia yang benar-benar kuat, hebat dan berjaya!
Justeru kita tida boleh sama sekali merasa keluh, kesah, dan kecewa, akan segala kegagalan yang berlaku kepada kita. Gagal, jatuh dan sesekali ‘down’ di dalam hidup itu adalah normal, dik. Semua orang pernah merasakan kegagalan di dalam hidup. Namun selepas itu mereka mampu untuk bangkit semula dan menjadi seorang manusia yang benar-benar hebat dan berjaya.
Percayalah, pada setiap kejatuhan itu, pasti ada bangunnya suatu hari nanti, andai kita terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri kita.
Tapi,
aku cuma tak setuju bab sesekali down tue.. Aku dah berkali-kali down kott!! Tapi, aku tak terus buat conclusion. Aku terus baca lagi.. Ada satu benda yang aku rasa aku dah buat tapi kurang yakni terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri.

So, sekarang nie aku cuba menelan kesakitan dan keperitan hidup nie buat seketika. Aku akan cuba fikirkan cara nak majukan diri, bangun semula selepas bertahun-tahun aku jatuh. Terus terang aku cakap kalau korang kat tempat aku, korang mesti dah tak nak hidup punya la. Cakap saja aspek apa, macam2 aku rasa.

Sekian

Nota: Aku bukan takat gagal saja tapi sampai jadi health case terus. Depression sampai terpaksa ambil pil tidur, sebab terlalu stress dan kemungkinan untuk membahayakan diri sendiri..

Friday, March 2, 2012

Standing In The Eyes Of The World


Dah lama tak update blog.. =)
Sekadar lagu sebagai starter/appetiser..




Pahit getir hidup... 
Dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, 
Demi kejayaan
Terdidik sejak mula, 
Tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, 
Tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba... 

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Song: Standing In The Eyes Of The World
Singer: Ella
Album: Commonwealth 98 OST.


Nota: Lagu yang menyedarkan aku banyak benda!!

Thursday, December 15, 2011

Kisah Perantau: Episod 2

My Arrival

Jumaat, 2 Oktober 2009.

Kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi Jordan yang hampeh nie. Ishh, bumi anbiya’ nie. Tanah Sham. Suka hati jer cakap hampeh.

Masa mula-mula sampai nie memang aku noob gila. Boleh dikatakan si kosong. Mana tak nyer, aku tak tahu bahasa arab Jordan yang completely different ngan Arabic standard. Then aku tak tahu langsung pasal currency kat Jordan dan macam mana climate dia. Yang aku tahu cuma kat Jordan nie ada salji. Itu saja!
From Egypt to Jordan.

Time sampai memang aku ngah sedih gila sebab kena berpisah dengan sahabat baik aku. Sepatutnya aku study medic kat Alexandria, Egypt tapi ada problem dengan Kementerian Pengajian Tinggi aka MOHE. So, terpaksalah aku ikut order dari pihak atasan untuk posting ke Jordan. Semua lima orang including aku terpaksa transfer dari Alex ke Irbid. Things happened macam aku nie dah join army dah!

Ustaz Arman (kalau tak silap), pegawai embassy ke EMJ ntah, jemput aku kat airport. Time nie aku berdua ngan Bird sebab lagi tiga dah sampai awal. Still sayu terasa sebab tak dapat satu university ngan Kimi, my best friend. Lepas check out, Ulya plak sambut aku macam aku baru balik umrah. Nasib baik ada skuad aku sorang nie kat Jordan, kalau tak, haram aku setuju nak datang.

Lepas selesai semua urusan kat airport,  Ulya dan abg senior bawak aku gi rumah Ustaz Sulaiman, salah sorang pegawai besar kat sini. Time tue kalau tak silap hari Jumaat, dan still dalam bulan syawal. Lepas beraya ngan ustaz, makan2 sket, then gi solat Jumaat. Terubat rindu tak dapat beraya ngan sanak sedara kat Malaysia.

Then, kami bertolak ke Irbid. Sampai kat Irbid, lepak kat rumah MINDEF lama, rumah yang jadi sarang aku hibernate sepanjang winter tahun 2009.. Nie la rumah aku, arwah Lan, Danial dan Amar for our first year. Satu permulaan yang diiringi dengan kesedihan..

Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 13, 2011

Macaron


Beberapa hari lepas, aku lepak with Aiman, Qotad, Mahdi and Kamal sambut belated birthday si Qotad yang baru cukup umur. Then on the way ke Poppeyes, budak-budak nie sempat bergosip pe ke bende ntah. Aku macam biasa, senyum dan buat-buat paham jer. Diorang gelak, aku gelak. Yer la, side kick aku dah tak ada.

Then, ada something yang menarik minat aku. Sape ntah bukak cerita pasal macaron. Ape tue? Aku pun dengar jer sambil senyum-senyum dan buat poker face. Bila keadaan sempoi untuk aku mencelah, aku pun Tanya, “Macarons tue bende ape weh?”, Dengan loghat KL yang amat clear dan flawless.

“La.. Macaron tue macam cookies laa.”

“Oh, ye ke?” aku jawab. Padahal dalam hati time tue aku nak sambung jer, “aku ingat macaroni tadi..” Tapi aku diam. Tak pe, nanti balik aku tanya prof Google. Mungkin dia boleh jawab dengan gambar sekali.
Tapi aku pelik jugak. Asal aku tak tahu Macarons? English aku power what.. Ahahaha



Nie la jawapan prof Google setelah dia menelaah buku ensiklopedia feveret beliau, Wikipedia.

macaron (French pronunciation: [makaˈʁɔ̃])[1][2] is a sweet confectionery made with egg whitesicing sugargranulated sugaralmond powder or ground almond, and food coloring. The macaron is commonly filled with buttercream or jam filling sandwiched between two cookies. Its name is derived from an Italian word "maccarone" or "maccherone". This word is itself derived from ammaccare, meaning crush or beat, used here in reference to the almond paste which is the principal ingredient.[3] It is meringue-based: made from a mixture of egg whites, almond flour.
The confectionery is characterised by its smooth, domed top, ruffled circumference (referred to as the "foot"), and flat base. It is mildly moist and easily melts in the mouth.[4]
Click here for full article

Monday, December 12, 2011

CoL - Believe in Yourself

Dah lama aku tak post under label 'code of life'. Kali nie aku rasa nak hurai pasal code pertama.

Sebelum aku start hurai satu persatu 'Code of Life' aku, aku just nak ingatkan bahawa semua yang aku tulis nie adalah berdasarkan pengalaman hidup aku. Segala pemerhatian dan eksperimen adalah berdasarkan diri aku sendirik. So, kalo korang tak setuju (sebab kat dunia nie memang dah jadik fitrah, akan ada pihak pembangkang), sila tinggalkan komen agar aku dapat kaji dan nilai semula.. Please be profesional..

CODE #1: BELIEVE IN YOURSELF


Antara maksud Believe:

to have confidence or faith in the truth of (a positiveassertion, story, etc.); give credence to.
to have confidence in the assertions of (a person).
to have faith in the reliability, honesty, benevolence,etc.

Mesti korang pertikai kenapa aku letak kod yang pertama untuk percaya pada diri sendiri. Then baru letak kod yang kedua, ISLAM IS THE WAY OF LIFE? Di mana letaknya agama dalam diri?

Soklan nie aku akan jawab kemudian. Mungkin pada post2 yang akan datang.

Balik pada kod pertama.. Kenapa perlu percaya pada diri?

Sebab dalam proses pematangan diri, perkara yang paling penting untuk diubah adalah mentaliti.. Berdasarkan pengalaman aku, mentality is the biggest factor towards personality.

Untuk mengubah cara kita bertindak, untuk mengubah cara kita bergerak, cara kita berkomunikasi, cara kita responds terhadap persekitaran, mentaliti adalah key dalam menentukan cara kita. Without proper mentality, kita akan mudah berubah pendirian. Pendirian yang berubah-ubah akan sentiasa mendorong kita untuk gagal dalam dalam anything yang kita buat.

So, kita have to percaya pada diri sendiri. Kita yakin yang kita boleh lakukan. Kalau kita yakin, insyaAllah kita akan boleh. Usaha kita juga akan lebih mantap dan tidak mudah berputus asa jika kita yakin akan kemampuan kita. We are what we think. Kalau kita fikirkan kita boleh buat, tak akan ada apa pun yang dapat halang kita from doing it. Kalau kita ragu-ragu, segala usaha kita seakan-akan tak menentu.

Kepercayaan pada diri sendiri nie aku belajar time aku kat maktab tentera dulu. Aku diajar oleh senior untuk sentiasa berkata boleh. Tak ada yang tak boleh. Secara tak langsung, aku yakin pada diri yang aku boleh buat. Bukan setakat simple things, malahan benda yang hampir impossible pun aku boleh buat.

Sebabnya.. mentality mampu mengatasi kelemahan diri. Kalau diri tue weak sekalipun, dengan mentality yang kuat, no problem la nak buat apa-apa pun. Tapi kalau badan tue kuat, mentality low, semua kerja tak jadi!

Saturday, December 10, 2011

Kisah Perantau: Episod 1


Pengembaraan Bermula

Aku terpanggil untuk cerita kisah-kisah sepanjang aku hidup kat sini. Sekadar nak share ngan korang terutama follower aku yang mostly study kat Malaysia.

Sebenarnya life dekat overseas nie tak sama untuk setiap orang. Masing-masing ada lifestyle yang sendiri. So, setiap cerita adalah unik bagi setiap individu. Ramai jer student kita hidup kat overseas nie macam hidup kat Malaysia. Nothing Different. Bagi aku, amat rugi if hidup kat tempat orang tapi tak belajar apa-apa pasal masyarakat setempat.

Most of the student yang ada kat Jordan nie memiliki satu corak hidup yang amat ‘boring’. Sebab apa boring? Sebab diorang hidup sekadar menjadi seorang pelajar, bukan perantau. Rutin harian mereka; bangun tido, gi kelas, balik kelas, lepak jap, study dan tido. Bapak bosan!

Pernah aku dengar member aku sendiri cakap “tahun nie baru dua kali aku pi balad” (balad bermaksud pasar in Jordanian Arabic). Ada juga yang cakap “aku duk kat sini masak sendiri jer, tak suka la makanan arab”. Hurm..

Inilah reality. Bagi aku, kalau kita berada di negara orang, kita sepatutnya explore persekitaran. Bukan kerajaan hantar korang semata-mata nak study dan perabeh duit. Baik belajar kat Msia jer.. Tol tak?

So, kalau korang nak tahu apa cerita di sebalik tabir hidup aku sepanjang belajar overseas, nantikan post2 kisah perantau. Senang citer, follow jer blog nie..

Sekian.

Friday, December 9, 2011

Ben Ashaari Tanya Kenapa Blog Saya Lain Dari Yang Lain


BEN ASHAARI
Aku menyahut cabaranmu Abang Ben!
........................................................................................................................
Nak join ? Ok.. jom … Cam biasa , buat satu entri khas untuk join segmen ini ..
  1. Letak header BENASHAARI.COM
  2. Tajuk : BEN ASHAARI TANYA KENAPA BLOG SAYA LAIN DARI YANG LAIN  dan linkkan ke entri ini .
  3. Sila jelaskan kenapa blog anda tu lain dari yang lain.. Tang mana lainnya ? Tang mana bestnya ?? Haaa.. Dalam 100 patah perkataan ..
  4. Siap ? Tu jer .. Tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini .. Tutup , jam 11 malam ini ..
Terima kasih …
........................................................................................................................

Impian



Semua orang ada impian.
Semua orang inginkan impian tersebut jadi kenyataan.
Tapi
Tak semua orang sanggup bekerja keras untuk merealisasikan impian tersebut
Dan
Tak semua orang dapat menggapai impian mereka..

Tuesday, December 6, 2011

Tanpamu ku lemah..


Begitu berat melangkah
Melihat kau bersama-Nya
Adakah aku masih salah
Atau hanya maaf saja

Ku masih menyayangi diri kamu
Bila kau menjauh 
Ku rindu

Kau bagaikan udara
Yang membantu aku untuk terus hidup di atas dunia
Tanpamu ku lemah
Pasti aku tak berdaya
Kerna kau teman sejatiku

Biarpun kau tidak mahu
Menerima maaf daku
Ku tetap setia bersamamu 
Sehingga ke akhir waktu...

edited from: Maha Karya Cinta, Faizal Tahir

Nota: Terngiang-ngiang chorus lagu nie bila aku dengar kau dah tiada..

Sunday, December 4, 2011

Kau Pergi..

Sabtu, 3 Disember 2011. Jam 03.15 petang (GMT+2). King Abdullah University Hospital, Jordan.

Data yang tak akan dapat aku lupa sepanjang hidupku. Perginya seorang 'sahabat'. Sentiasa ada di sisi di waktu susah dan senang.

"Lan, jangan cakap banyak keyh. Kau rest jer. Aku datang bukan nak susahkan kau."
Dialog terakhir antara kau dan aku.

Tak sangka kau akan 'rest buat selamanya'.

Begitu banyak kenangan kita bersama. Walaupun aku tak pernah appreciate kau, kau tetap ada di sisi. Menemani aku tika aku sakit. Bila kau dah tiada, baru aku sedar rupanya kaulah teman sejati. Teman tawa, teman duka.

Walau baru sehari, gelak tawa kau dah mula aku rindui. Suara sumbang kau time menyanyi kini aku rindui.
---------------------------------------------------------------------------------------------
Lan.. sambil minum jus orange. With his fav shirt.
  --------------------------------------------------------------------------------------------
Lagu: Pergi
Artist: Aizat


Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi ku dengari

Friday, November 25, 2011

Tips Tak Tidur Dalam Kelas/ Lectures.


Aha! Benda yang paling best untuk dibincangkan.. Tips untuk tak tidur dalam kelas atau lecture. Simple saja tapi guess what, most of us meme mengalami masalah ini. Kalau korang tak mengalami masalah nie, gua memang tabik spring la!

Sleeping in the class memang menghantui hidup aku dari sekolah lagi. Sampai la sekarang. Ditambah lagi dengan cuaca time winter yang amat sejuk dan best nie, probability untuk tidur dalam sehari adalah 99%.


By the way, nie antara tips yang boleh kita amalkan.

1-   Dapatkan rehat yang secukupnya pada waktu malam
2-   Bangun awal. Jangan lupa subuh! Bangun lambat adalah faktor kita tak fresh.
3-   Breakfast sebelum ke kelas. Makan cereal instead of nasi lemak.
4-   Exercise. Berjalan ke lecture/ kelas amat digalakkan.
5-   Sit straight in class. Don't slouch.

6-   Kalau boleh duduk kat depan. Banyak advantage duduk kat depan nie sebenarnya.
7-   Concentrate apa yang lecturer or cikgu cakap.
8-   Take notes. (nie benda yg aku selalu amalkan bila terasa ngantuk)
9-   Participate in class.
10- Makan gula-gula yang mints (Halls dan seangkatan)

11- Move your feet, flex your muscles.
12- Minum air kosong
13- Play with your pen, not your friend.
14- Tampar-tampar diri tue sikit. Lagi kuat lagi bagus
15- Ask to go to bathroom. Stay fresh!

Nota: Tips tambahan dari habit sendiri: 
16- Minum Caffeine based drinks before class. (Coffee, Red Bull)

Wednesday, November 23, 2011

Aku Belajar Dari Pahitnya Kehidupan

Kadang-kala kita perlu bersendirian. For what? To evaluate (muhasabah) diri kita sendiri.


Kita selalu dilanda masalah. Cabaran dan dugaan, elemen-elemen penting dalam kehidupan manusia. Berbagai rintangan harus dilalui dalam proses mematangkan diri, proses menjadi seorang dewasa.

Ya, aku tidak terkecuali. Selama lebih 20 tahun hidup, pelbagai dugaan yang aku alami. Selalu aku rasa unfair bila fikirkan kenapa dugaan yang aku alami lebih hebat dari apa yang rakan-rakan alami. Namun aku sedar, masih ada yang diduga lebih teruk dari aku.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Ayat yang sering dibaca pagi dan petang semasa zaman sekolah dahulu. Hurm..

Ya, mungkin semua ujian ini membuatkan aku sebenarnya lebih kuat dan tabah dari mereka yang aku sanjungi, yang aku cemburui. Mungkin satu hari nanti aku akan bangkit dari kepahitan hidup ini, menjadi seorang yang lebih hebat.

Nota: "Janganlah kamu minta menjadi seorang yang sabar. Mintalah menjadi sabar ketika ditimba musibah."

Monday, November 21, 2011

Nasionalisme dan bola sepak.


Yup. Post nie memang berkaitan ngan game Malaysia vs Indonesia. Game yang boleh dikatakan ‘el-classico’ of the South East Asia. Satu game yang amat-amat dinantikan oleh fans bola sepak tanah air.

Nasionalime. Ideology yang diasaskan sejak sekian lama. Menular di semenanjung kepulauan nusantara sejak penubuhan negara-negara moden, negara bangsa yang diasaskan para penjajah. Lebih tepat apabila tertubuhnya gagasan Malaysia.

Nasionalime adalah antara factor berlakunya WWI dan WWII. No wonder la pertemuan antara Malaysia dan Indonesia sentiasa panas. Walaupun serumpun dan seakidah, krisis dan konflik tak pernah lekang, starting with ‘Ganyang Malaysia’. Sebab..

Nationalism + fanaticism = ?

Malaysia vs Indonesia.
Antara dendam dan maruah, blended with political and social issues. Bukan sekadar penentu pingat emas sukan SEA tapi battlefield antara dua Negara..
Final game Malaysia vs Indonesia sepatutnya menjadi jambatan silaturahim antara kedua-dua negara. Namun sebab sikap yang ‘tidak bertamadun’ dan lack of sportsmanship ( membakar bendera dan tidak hormat lagu kebangsaan other country), objektif sebenar SEA games tidak dapat dicapai.

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!
Pss: Harap-harap Malaysia 3 – 0 Indonesia..

Nota: cuba korang sambung equation kat atas. Comment kat bawah..

Saturday, November 19, 2011

Sebab Aku Diam.

Salam semua..

Sorry sangat2 hari tue aku diam lama giler..
Bukan tak sudi nak tulis tapi ada banyak komitmen lain.
Iaitu...

1- Exam
2- Exam
3- Exam
exam ajerrr. berderet plak tue


(sekarang nie tengah take five from study jap.
then, exam!
Exam hari nie pukul 3ptg waktu tempatan (GMT+2)
so, dapat la curik masa post something..)

4- Menguruskan blog lain.. hehe

Let bloggers do the blogging stuff!

Ini blog official liga bola sepak yer..Visit: PSL blog

Aku admin bahagian design & graphics jer. Posting bukan kerja gua.. hehe

Nota: Adat medical student, books are friends, exams are playgrounds. 

Take five?
hehehe.. :p 

Friday, November 18, 2011

Ape Kaitan Header Dengan Blog Nie?



Mungkin ramai yang tertanya-tanya, apesal la aku letak header gambar kat stadium.
Takde gambar lain ke?
Haha..

Sebenarnya,
Ada cerita di sebalik tue.  Buat pengetahuan korang, sebenarnya aku nie amat cintakan bola sepak. Walaupun tak banyak post pasal bola, actually aku memang gila bola.

Gambaq asal..
Bukan setakat reti tengok dan nilai saja, aku jugak reti sepak bola okeh!

Yes, cita-cita sebenar aku dulu nak jadi pemain bola sepak. This is fact!
Tapi, apakan daya, family aku (especially my beloved mom) tak restu plak.

Just  abang aku saja managed to be sportsman paling successful dalam family -> mewakili SUKMA dan captain kelab dalam sukan ragbi..  

So, nak tak nak, aku terpaksa choose a career such as lawyer, doctor, or engineer level.  

Actually, aku hampir mewakili team dalam liga Malaysia.  But, disebabkan ada  contract dengan MINDEF (Kementerian Pertahanan)  untuk study medic, aku terpaksa akur. (Nie part paling sedih)

Nota: Lepas nie aku nak cerita pasal sejarah bola aku la plak.

Monday, October 10, 2011

Read More Books Than Blogs!


Hye there!
Hari nie aku ada pengumuman:
Aku akan kurang aktif blogging for a short while.

Aku hanya akan blogwalking kalau korang tinggalkan jejak kat shoutbox.
nie kat tepi sineh hah -------------------------->


Hal ini adalah kerana exam dah dekat.
Meeting pun banyak! Edit blog lain lagi.. bla bla bla..
Asik baca blog jer, buku bila nak baca aku pun tak tau..

Exam aku start 15 Oktober nie.
So, I've to read more books than blogs!
Sekian.

Nota: boleh percaya ke aku study? wakaka..
Paling penting, doakan aku utk ex-sem minggu nie yar!

Saturday, October 8, 2011

Disengat Lebah..


Peristiwa nie berlaku time aku balik dari solat Jumaat tadi (semalam kalau kat Malaysia).

Time tengah baik punya sembang kedai kopi kat tangga bawah rumah, ada sekor lebah dengan selamba badak jer interframe aku shake hand ngan pelajar first year. Mungkin sebab dia panik, sesuka hati dia jer tibai tangan aku. Dia ingat tangan aku nie bunga ka hapa?

Then, aku lepak jap sambil sembang ngan member. Pastu aku lari naik tingkat 4, masuk rumah n bilik dan terus basuh tangan dgn air sabun. Sebenarnya takut infection. 

Then, I face my problem by 'face'book-ing it! 
Reason? 
Untuk dapatkan seberapa banyak idea yang bernas how to deal with it.
Lu apa ada hal ngan gua?
Nie antara solutions yg aku dapat:

Pergi klinik.. -> kan senang!
Pergi emergency dept terus -> lagi mantop..
Sapu2 kapur? -> sebab nak neutralkan acid sengatan tue kot

Yang aku percaya,
Apply toothpaste! -> ini nasihat doktor ya..

Tapi yang paling best yg nie,
Kencing kat atas tempat kena sengat!! yeah!

Solution yg last tue aku rasa paling mujarab kalau kena sengat sebab itu pesanan orang tua-tua. Kalau kat kampung, nie la 'first aid' kalau kena sengat ngan tebuan/ lebah/ seangkatan dengannya. 
So, rasa2 aku buat yang mana 1? keh keh keh

Nota: Cukup la nectar bunga ko tibai. Tangan aku pun ko nak jugak ke? Tawu la darah manis.. Ahaks!

Tuesday, October 4, 2011

Motosikal Yang Stylo Ditemui di Wangsa Walk..


Nie adalah gambar motor yang member aku, Muhammad Hafiz Mokhtar and friends berjaya snap.

Sebenarnya member dia yang snap. Tapi dia upload letak dalam FB dia.
Lokasi: sekitar wangsa maju (Wangsa Walk)

Dah macam moto batman dah.. haha

Kreatif betol tuan empunya motor nie. Antara manusia spesies rare jugak la nak jumpak dalam kalangan rakyat Malaysia yang meme pemalas nie. Biar berpanas dan berhujan, tak penah pikir nak pasang bumbung!

Modenas, prototype please..   

Nota: Kalau guna motor nie merempit, memang terangkat semua tayar! haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...