Rakan Bloggers

Friday, February 25, 2011

The Coming of 'Code of Life'


Banyak yang dah aku lalui sepanjang 20 tahun hidup melata kat muka bumi yang pelbagai neh..
Dah banyak 'ups and downs' yang aku dah tempuhi. Ada yang aku berjaya, ada yang aku kantoi..

Memang perangai aku suka melihat. Learning through observations. Dah macam-macam benda yang aku observed. Dah macam-macam experience dah aku dapat. Memang sebagai manusia, kita kena lihat dan belajar dari alam sekeliling kita. Persekitaran bagi aku adalah cikgu yang paling berjasa dalam hidup neh.

"A Man Must Learn From His Surroundings"
Nie quote yang aku penah buat dalam post 'New Leaf'.. Bukan bila kita nak berubah saja perlu lihat pada sekeliling, tapi sebenarnya setiap hari setiap malam kita kena lihat apa yang berlaku di sekeliling.

Tapi kalo takat melihat saja, aku rasa kita lebih baik jadi orang buta. Sebab kita seakan-akan kufur nikmat. Sepatutnya kita kena amik pengajaran, amik iktibar dari apa yang berlaku di sekeliling. Bukan sekadar memerhati tapi melihat dengan mata hati.

Lihat, fikir dan nilai.

Setiap orang ada sudut pandangan dia yang tersendiri. Setiap orang menilai dari sudut yang berbeza. Ada orang yg optimistik, ada pessimistik dan ada yg macam plastik (sebab tak mahu menilai).. Kita sebagai manusia kena la pikir, yang mana salah, yang mana betol. yang mana hak, yang mana batil.

Sebagai manusia, kita tak patot menjadi radikal. Radikal kat sineh bukan bermaksud suka wat demostrasi kat jalan tapi radikal kat sineh bermaksud 'very reactive'.. Kalo dari segi sains, radikal membawa maksud mudah react. So, kita perlu ada certain prinsip dalam hidup sebab prinsip tak mudah berubah walau apa pun yang terjadi.

So, selagi aku mampu meluahkan pandangan, aku akan cuba untuk share ngan korang prinsip hidup aku. Prinsip aku cuba terapkan dalam diri aku dari tahun 2009. Prinsip yang lahir dari pengalaman aku sepanjang aku hidup selama hampir dua dekad.

Tapi aku ingatkan, bukan mudah nak sebatikan prinsip-prinsip neh dalam hidup secara mengejut. Aku dah cuba selama dua tahun namun still ada defect yang menyebabkan aku belum berjaya semai semua prinsip neh dalam hidup aku. Namun tak semestinya aku tak berjaya, korang tak leh. Memang susah untuk berubah.

Ya, aku mengaku. Walaupun semua prinsip nie nampak macam hebat, aku cuma manusia yang lemah. Banyak kelemahan aku. Kadang-kadang aku kalah jugak dalam battle of life. Ada ups, ada downs. Tapi sedikit sebanyak, aku berjaya lalui semua nie sebab aku pegang pada prinsip-prinsip yang aku namakan 'Code of Life'.

Bagi aku, prinsip tak berubah. Hanya manusia berubah. So, kalo kita ada prinsip or 'core' yang stabil dalam diri, InsyaAllah kita akan berjaya harungi cabaran pelayaran kita di lautan hidup ini.
Aku pernah berjaya dan aku pernah fail. Banyak keadaan yang aku dah try untuk aplikasi 'Code of Life' aku. Dan aku dapat lihat, CoL nie amat berguna dalam pelbagai situasi.

Korang mungkin penah lihat aku dalam keadaan terok, dalam keadaan hebat.. Aku penah ada kat atas, dan aku pernah ada kat bawah. Aku dah try aplikasi CoL aku neh. Dan aku rasa pengalaman aku gagal dan berjaya banyak mengajar aku erti hidup sampaikan aku mampu nak merumuskan satu formula untuk terus survive.

Aku tak paksa korang untuk terus percaya CoL aku neh. Mungkin korang ada yang lebih baik. Tapi blog nie bukan sekadar untuk tatapan korang, tapi juga untuk adik-adik aku kat luar sana. Ya, aku tulis dari pengalaman hidup. Bukan cerita kosong. Skrip yang aku tulis sepanjang hampir dua dekad.

Entri kali nie aku sekadar nak kenalkan apa itu CoL aku. Next entri aku akan listkan semua CoL aku. Tak banyak pun, cuma 5 saja. Then, lepas tue aku akan cuba olah dari pelbagai aspek. Mungkin satu code tue aku terang dengan detail, mungkin yang lain sekadar kulit sahaja. Tapi please la, kalo tak puas hati boleh terus emel kat aku.

Nie emel aku: khairisyafiqnan@yahoo.co.uk

kalo korang ada apa-apa masalah pasal CoL aku, tak kesah la sama ada nak komen, nak caci, nak maki or nak aku terang dengan lebih detail, aku terima saja. Mungkin ada komen atau cadangan yang bernas yang boleh share dengan aku.

Next post dalam label neh, aku akan list all five 'Code of Life' aku.. sekian, adios!

2 comments:

  1. salam 'alayk.

    post ini bagi aku , sempoi, terus terang tapi tegas. aku suka. cara kau share telus lah. CoL, i like the way u said it. so, aku tak sabar nak baca next post CoL kau tu.

    tel u wt, the hardest part of moving on is not looking back. so, pakat2lah pujuk diri bergerak ke depan. *tetibe*

    insyaALLAH kheir kullu.
    [maaf lambat sebab aku balik kg.]

    ReplyDelete
  2. Waalaikummussalam..

    haha, tenkiu Tiq sebab support..

    Code of Life? hehe
    sekadar nak berkongsi dengan readers saja..

    tapi aku tak tawu la, post panjang2 nanti orang malas nak baca plak.. Better aku olah pendek2 saja pas neh..

    CoL neh aku edit setiap ari jumaat jer.. sebab time tue ada byk masa nak pikir. kalo rasa nak follow label neh, InsyaAllah setiap jumaat (kalo tak busy) aku post..

    anyway tiq, kalo ada apa2 idea or komen, gitau jer aku ehh.. 'menerima untuk perubahan'..

    aS Salam..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...