IRBID: Bahang pilihan raya Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid Jordan (PERMAI) kian terasa apabila Jawatankuasa Pilihan Raya, JPR PERMAI telah mengumumkan senarai calon yang layak diundi pada pagi ini, Khamis 21 April.
Seramai 20 orang calon yang mendapat pencalonan terbanyak layak untuk bertanding dalam pilihan raya PERMAI sesi 2011/2012. Dari jumlah tersebut, sebanyak sepuluh orang syabab (lelaki) dan sepuluh orang akhawat (perempuan) berjaya disenarai pendekkan.
 |
| Ahli JPR PERMAI mengira borang pencalonan dengan telus. |
Antara nama yang menjadi bualan hangat untuk menduduki kerusi Presiden PERMAI bagi sesi kali ini merupakan calon yang tidak pernah bertanding sebelum ini manakala calon-calon yang bertanding untuk kerusi Ketua Helwi rata-ratanya adalah calon yang berpengalaman dalam pilihanraya sebelum ini.
"Pilihan raya kali ini agak sengit dengan beberapa nama yang berjaya disenarai pendekkan hanya dibezakan dengan satu atau dua pencalonan." ujar Pengarah JPR Sesi 2011/2012, saudara Salam Abdullah.
Dengan pengumuman senarai pendek calon yang layak bertanding bagi pilihan raya ini, secara rasminya proses pencalonan telah berakhir manakala proses berkempen pula akan bermula pada 24 April 2011 dan akan berakhir pada 28 April 2011.
Sila klik read more untuk melihat senarai calon yang layak bertanding..