Rakan Bloggers

Friday, April 29, 2011

Cara-Cara Nak Study in My Own Way. (Dulu-dulu..)

-Harian Metro page 2-
Really miss those moments. 
Aku bukan la orang yang paling layak nak cakap bab nie tapi sebab ada orang tanya aku macam mana aku study time sekolah dulu, aku nak kongsi sedikit sebanyak yang aku tahu. Simple saja kot rasanya..

DO's

P - Preview before class.
C - Concentrate in class.
R - Review after class.

DON'T's

S - Skip class
L - study Last minutes
E - forget your Exercises
E - Expect the subject(s) is Easy
P - Procrastinate

VERY IMPORTANT:
Make sure study even an hour a day. THREE IS GOOD!

Nota:
1. Banyak lagi tapi nie yang paling simple dan berkesan
2. Dari pengalaman yer. Dari zaman kegemilangan hingga kejatuhan.
3. Applicable to all level. UPSR, PMR, SPM, Matriks, Degree and bla, bla, bla...
4. DON'T SLEEP too much! (time cikgu mengajar dan tido max 6-8 hours a day.)


CoL- Believe In Yourself

Thursday, April 21, 2011

Pilihan Raya PERMAI: Proses Pencalonan Telah Berakhir.

IRBID: Bahang pilihan raya Persatuan Mahasiswa Malaysia Irbid Jordan (PERMAI) kian terasa apabila Jawatankuasa Pilihan Raya, JPR PERMAI telah mengumumkan senarai calon yang layak diundi pada pagi ini, Khamis 21 April.

Seramai 20 orang calon yang mendapat pencalonan terbanyak layak untuk bertanding dalam pilihan raya PERMAI sesi 2011/2012. Dari jumlah tersebut, sebanyak sepuluh orang syabab (lelaki) dan sepuluh orang akhawat (perempuan) berjaya disenarai pendekkan.
Ahli JPR PERMAI mengira borang pencalonan dengan telus. 
Antara nama yang menjadi bualan hangat untuk menduduki kerusi Presiden PERMAI bagi sesi kali ini merupakan calon yang tidak pernah bertanding sebelum ini manakala calon-calon yang bertanding untuk kerusi Ketua Helwi rata-ratanya adalah calon yang berpengalaman dalam pilihanraya sebelum ini.

"Pilihan raya kali ini agak sengit dengan beberapa nama yang berjaya disenarai pendekkan hanya dibezakan dengan satu atau dua pencalonan." ujar Pengarah JPR Sesi 2011/2012, saudara Salam Abdullah.

Dengan pengumuman senarai pendek calon yang layak bertanding bagi pilihan raya ini, secara rasminya proses pencalonan telah berakhir manakala proses berkempen pula akan bermula pada 24 April 2011 dan akan berakhir pada 28 April 2011.

Sila klik read more untuk melihat senarai calon yang layak bertanding..

Datuk Seri Najib Razak Pun Sokong Manchester United Rupanya..

Aku terjumpa time berjalan-jalan carik modal nak update blog putih nie semalam. Tiba-tiba came across update twitter Datuk Seri Najib Tun Razak.

unfortunately MU seri..
Kepada fans Arsenal mahupun Chelsea, jelaslah orang no 1 Malaysia tidak berpihak kepada anda. Kepada Liverpool, selamat mengharungi kempen dengan ketiadaan Steve G. Adios!

Datuk Seri, tuan sokong team mana dalam Super League yer? Tok Gajah ke Gergasi Merah Kuning?

Nota: Aku sedih bila Manchester United kalah FA Cup hari tue. Harap Datuk Seri tak sesedih aku la..

Wednesday, April 20, 2011

BEN ASHAARI Suruh Teka Harga Durian Ini

Blog Bro BEN

Durian neh brapa ringgit?
Main teka durian?
Kalau tengok duri, kaler dan saiz compare ngan teddy bear tuh,
rasa-rasa nye dalam...

Bahasa Arab Second Language di Australia


Bahasa Arab Nombor Dua di Australia




SYDNEY: Bahasa Arab sering digunakan sebagai bahasa perbualan kedua selepas bahasa Inggeris di kalangan golongan muda di Australia. 

Satu kajian terbaru mendedahkan seorang setiap lapan kanak-kanak yang mampu berbual dalam beberapa bahasa, menggunakannya di rumah.



Indeks Pembangunan Awal Australia (AEDI), kajian yang mendapat sokongan kerajaan membabitkan 260,000 kanak-kanak tahun pertama persekolahan, mendapati 18 peratus berbual dalam satu bahasa selain Inggeris.
Walaupun tiada negara Arab menduduki 15 tangga teratas negara kelahiran kanak-kanak di Australia, seramai 5,565 menggunakan bahasa berkenaan di rumah, 11.8 peratus lagi oleh kanak-kanak yang menguasai beberapa bahasa. 

Bahasa Vietnam juga banyak digunakan dengan 8.4 peratus, diikuti Greek, dialek Cina dan Hindi di mana kurang 5.0 peratus menggunakannya. – AFP




source: Berita Harian 16 APRIL 2011
URL: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BahasaArabnomborduadiAustralia/Article


Nota: "Lughatul Arabiyyah, Lughatul Jannah"

Tuesday, April 19, 2011

Hidup Nie Macam Makan Biskut..

Ape kehe nyer plak neh yob? Aku selalu dengar hidup nie macam roda, macam naik roller coaster. Hidup nie macam naik papan gelongsor. Tiba-tiba aku cakap macam makan biskut plak.. What the..

Hah, tak ada apa-apa sebenarnya. Yer la, biskut. Aku buat perumpamaan nie sebab aku rasa semua orang penah makan biskut. Tol tak?

Cuba bayangkan. Kalau kita makan biskut Chips More. Kalau time gigit tue kena kat cip coklat, probability kita nak rasa manis tue amat tinggi. Tapi jangan lupa sebab cip coklat tak selalunya sedap dan manis. Kadang-kadang pahit. So, macam hidup kita jugak, kadang-kadang ada pengalaman manis, ada pengalaman pahit..
Cookie Monster.. Nyum nyum nyum..

Itu kalau makan biskut cip coklat. Cuba kita pilih biskut empat segi Jacobs plak.. Tak semua biskut neh manis. Ada yang tawar, ada yang masin. Terpulang pada kita nak pilih perisa apa yang kita suka. Macam hidup kita jugak. Kalau kita corakkan hidup kita ke arah yang manis, manis la ia. Kalau kita pilih tawar, tawar la rasanya. Macam tue jugak kalau masin.

Tapi apa-apa pun, jangan kita shape hidup kita nie exactly macam biskut. Sebab biskut kejap ada kejap tak ada. Tapi hidup kita tak boleh la macam tue. Kita kena always hidup seperti biasa. Jangan berubah-ubah, kejap ada, kejap lagi lenyap!

Nota: Aku nie cookie monster. Aku suka warna biru dan pantang bila nampak biskut. Sampaikan hidup pun aku jadikan macam biskut. Sebab? Aku nak appreciate "Life"!

Monday, April 18, 2011

Cara-cara Nak View Blocked or Banned Sites..

Akhirnya, aku berjaya.. Jika bisa aku ceritain, mesti kamu tidak akan percaya. Mood Hantu Mak Limah jap.


Sebenarnya aku dah terlalu rindu ngan blog putih aku neh. Kerajaan Jordan pulak sekarang tengah block blog yang menggunakan domain .blogspot.com. Walaupun URL aku http://www.lihatfikirnilai.co.cc tapi nie just redirecting URL saja. The original still pakai blogspot.com.

Then bila kerajaan tanah Hijazi nie block, aku macam dah tak keruan jadinya. Nak tido tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang fikirkan blog aku. Wakaka, macam ngah in love plak. Perenggan nie korang leh abaikan yer. Penambah perisa jer.

Kat sini aku ada beberapa cara nak broke into apa-apa website yang di'block' ataupun di'ban'. Tak susah pun sebenarnya. Kalau kerajaan tak block, memang aku tak dapat la nak belajar ilmu baru neh. Ada banyak gila cara yang aku jumpa tapi nie antara cara-cara yang aku try la.

Cara-cara nak view blocked or banned sites/ pages

1. Use IP address instead of URL
2. Use Google Cache
3. Get Web page via e-mail
4. Subscribe to RSS Feed
5. Use a public proxy server such as Guardster or link

Nie adalah cara-cara simple yang aku dah guna untuk view blog aku yang di'block' kerajaan Jordan. Amik ko, nak sangat block kebebasan!  Aku malas nak guna cara-cara yang susah dan serabut. Nak view post aku kejap jer pun.

More ways to do it!

Saturday, April 16, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI



Klik banner for more info!


First time join segmen Bro Ben Ashaari.

Rase-rase Ben terjah ke tak blog aku neh? 
Yer la, blogger kecil-kecilan, mana big boss nak tengok sangat..

Friday, April 15, 2011

Pehal Blog Aku Temporarily Down?

Hari nie, Jumaat 15 April 2011. Dari awal pagi lebih kurang pukul 12, aku cuba view page aku at http://www.lihatfikirnilai.co.cc/. Tapi bila aku load page tue, google chrome aku tulis:

Then aku cuba lagi.Kali nie guna original URL. Keluar plak mesej lain..


Aku pun tak puas hati la. Bukak Safari. Klik kat page aku. Result still tak memuaskan. Aku guna segala apa yang ada. Firefox, Internet Explorer. Still the same. Lah nape nie?

Thursday, April 14, 2011

Ingat Senang Ke Nak Jadi Doktor?


"Adik. Bila adik dah besar adik jadi doktor tau"
"Kenapa ayah?"
"Adik jadi doktor. Boleh rawat ibu, rawat ayah."
"Okey. Set. No prob ayah!"
"Bagus anak ayah nie.. "

Macam best kan.
Persoalannya, ingat senang ke nak jadi doktor?

Anatomy, Physiology, Pharmacology, Microbiology, Pathology, Histology, Immunology, Embryology and etc.

Macam best kan dengar nama-nama subjek semua tuh? Macam gempak.. Memang gempak. Dan macam yang korang baca nama-nama subjek yang baru bagi korang tue, cuba bayangkan betapa berjuta kali ganda seorang bakal doktor kena hafal!

Kenapa?
Doctors deal with human life.
Bukan takat tue saja. Bila doktor buat silap, even a simple mistake, naik court la jawabnya.

Wednesday, April 13, 2011

Give and Take.

Dalam hidup nie banyak yang kita kena give and take. Dari perkara asas sampai la perkara yang kurang munasabah, give and take!

Nie la cara nak survive dalam dunia nie sebenarnya. Give and take!

Give and Take. Cara nak seimbangkan dunia nie. It keeps the equilibrium in order. Nak seimbangkan diri dengan persekitaran. Nak seimbangkan character diri kita dengan kawan-kawan. Nak seimbangkan dengan study. Nak seimbang dengan semua perkara.

"Kalau kita asik memberi saja, sampai bila dia nak berubah."ujar memberku. Aku diam. Sebab aku tahu. Dalam dunia nie, tak semua orang fikir dengan cara yang sama. Maybe dia ada reason dia sendiri. Tapi dia lupa. Sebenarnya, bila ada orang menerima, mesti ada orang yang memberi.

"Kalau kita asik memberi tapi tak menerima?"

Bila dah jadi penerima, jangan lupa bersyukur. Caranya? Just make sure kitaran give and take tue berterusan. Kita suka kan menerima? Jangan la kita biar benda tue stop kat kita. Teruskan memberi, agar ada yang menerima.

You give a crap, you get a bunch of crap.
You give a smile, you get smiles.
You give work and load, you get the yield.

Nota:
You pay the tax, I get the scholarship.. lalalala
But chill,
You'll get my health service!!

Tuesday, April 12, 2011

Makanan Yang Baik Untuk Otak

"Lantak la apa aku nak sebat apa pun. Masuk perut jadi tahi gak. Lebih baik makan jer. Tak payah nak pantang-pantang. Kang dah sakit mengidam plak nak tue la nak nie la.."

Rilek la bro. Gua belum habis lu dah ngelabah. Bukan nak suruh pantang ke hapa. Just nak bagitau jer pasal makanan yang baik untuk kesihatan. Baik untuk otak!

Superfoods
Sebenarnya benda nie korang tahu kot. Cuma ada yang buat tak kesah jer. Nak kongsi sebab aku memang suka bab makan-makan neh.

Makanan yang baik untuk otak:
1. Omega-3 Fish Oil
2. Antioxidant Fruits and Veges
3. Cocoa
4. Nuts and Seeds
5. Green Tea

Pasal Antioxidants and Cocoa tue aku dah sebut dah dulu. Post bulan Febuari dalam Super Food.
Nie pun Yahoo yang bagitau, aku just sampaikan jer. Nak huraian lebih-lebih, klik "Brain Food"

Monday, April 11, 2011

A Simple Post On Blogging

Sekarang aku dah malas nak tulis panjang-panjang. Idea banyak sebenarnya tapi bila aku blogwalking, aku rasa nyampah gak nak baca post yang berjela. Same thing happen to korang gak kan?

So, aku ada baca-baca kat beberapa blog cara nak blogging yang mantap. Aku pun tak tahu berkesan atau tak. Tapi aku tak kesah sebab sebenarnya aku cuma nak release segala apa yang ada kat kepala aku nie jer. Korang nak baca ke tak, itu semua pilihan korang.

Tips yang paling femes dalam blogging yang aku berjaya faham dan hadam:
1. Tulis ringkas dan padat.
2. Sertakan grafik seperti gambar.
3. Idea yang original.

Aku pun bukannya baru blogging neh. Dah lama. Cuma dah delete akaun lama dan buat baru.Sebab tue aku letak follower jadi pengikut baru. Dulu memang hobi aku blogging macam budak-budak. Sekarang mencuba mematangkan penulisan.

Nak jugak berkongsi cerita, buat cerpen kat dalam blog. Tapi dari aku buat cerpen atau 'cerpom' lebih baik aku tulis novel. Hajat di hati memang nak lahirkan sebuah novel. Haha, ayat last tadi memang dah macam orang PTS.

Tuntasnya, aku cuma akan buat post berjela cuma bila aku terlalu bosan. Ayat kena puitis, baru ada market. wakaka

Sunday, April 10, 2011

Sampah Lagi..

A simple post this time. Tiada gambar atau karangan berjela.. Just two very small talk and a cool video!

"Bro, buang la sampah elok-elok.."
"Hek eleh lu nie. Macam tak penah buat pulak."

"Bro, buang la sampah dalam tong.."
"Ko nak tau tak. Tanpa manusia macam aku, tak ada la keja tukang sapu.."

Check it out!!


Nota:

Ambil iktibar. Jangan sampai jadi macam kebanyakan orang arab..=)
Kebersihan sebahagian dari iman..
Kalau tak boleh view video kat atas klik di sini..

Saturday, April 9, 2011

Time of Our Lives

Voices of World Cup 2006
The Night Is Longer Than Day For Those Who Dream
And
The Day Is Longer Than Night For Those Who Make Their Dreams Come True
-Wan Asmat Binti Ismail-AKA2010- 



Time of Our Lives
Il Divo Feat Toni Braxton

There was a dream

Long time ago
There was a dream
Destined to grow

Friday, April 8, 2011

My New Passion for Sport..

Times Square CIMB OPEN.
Satu-satunya event berprestij pernah aku pergi.
Kalau klik kat WikiPedia, dia akan describe game squash neh macam berikut. Orang melayu panggil skuasy.

Squash is a racquet sport played by two players in a four-walled court with a small hollow rubber ball..-Wiki-

Nak tahu pasal gameplay ke, basic rules ke, boleh la click link tadi. tapi kalau curious nak tahu more about squash rules, boleh klik di sini..

Visit worldsquash.org kalau nak lebih-lebih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...