Rakan Bloggers

Thursday, March 31, 2011

The Downfall of Me..

A brief idea about my life sekarang nie..
Bukan penulisan ilmiah tapi luahan si hati kecil.. 

My abilities decreasing.. and not linear..

Bukan pasal Add Maths. Graf kat atas lebih kepada menerangkan apa yang jadi kat hidup aku. Semua benda dah tak tentu arah. Semua dah 'down'. Aku tak tahu mana salah, mana silap aku.

A small leak could sink a big ship..

Tapi aku tak dapat nak recognize kat mana leak semua tuh. Terlalu banyak rasanya.
My life is sinking!
Semua abilities aku dah menurun. 
Dah off form.
"Decreasing"

Tuesday, March 29, 2011

Doakan Aku Yer..

Post nie adalah untuk lepas 'Stress' study.
Aku full time Medical Student, part time Blogger.
So, bila ada masa, ada lah post aku..

Teringat time SPM dulu.. kih kih kih..

Hari nie aku ada exam Anatomy.
Kepada yang tak tahu apa itu Anatomy, subjek nie pasal structure luar dan dalam badan.
So, subjek menghafal 100%. Tak perlu nak faham!
Tolong doakan supaya aku boleh skor yer untuk subjek nie. 
Amat memerlukan doa kalian.

Kepada para sahabat yang exam Anatomy jugak,
sama-sama la kita doa yer.

Monday, March 28, 2011

Ikrar Seorang Pengamal Perubatan.. Part IV

The last post in this series..
Ikrar seorang pengamal perubatan dari segi islamik.
Nie la yang sepatutnya diterapkan dalam diri kita sebagai seorang Muslim..
Sebagai pengenalan kepada semua medical students yang akan bergelar 'Muslim Doctor'

Declaration of Kuwait, 1981.
source: Perubatan.org
Note: Malaysian Medical Council (MMC) guna Declaration of Geneva sebagai ethical code

Sila klik "read more" untuk view ikrar "Muslim Doctor" dalam Bahasa Melayu..

Sunday, March 27, 2011

Sejarah Bangsaku Di'Edit' atau Dipadam oleh Mereka.. Mengapa?

"The Untold Truth"
or
"The Deleted Truth"

Adakah sejarah yang kita ketahui seratus peratus benar?
Mungkin kerana kita mempunyai sejarah ketamadunan yang gemilang, atau kerana kita mempunyai semangat juang yang tinggi, sejarah kita mungkin telah dipadam oleh mereka. Siapa mereka? Mereka yang datang dengan membawa slogan 3G (Gold, Gospel, Glory). Si penjajah berpaksikan perang salib. Yang ingin menyebarkan fahaman mereka dan mungkin menyebarkan sesuatu yang tidak kita ketahui. Portugis, British dan sekutu-sekutu mereka.

"Sesiapa Yang Melupakan Sejarah Mungkin Kembali Mengulangi Sejarah Itu"
Tun Dr. Mahathir

Saturday, March 26, 2011

Integriti Dalam Pemahaman Mudah..

Integriti..
Skop amat luas. Segala benda boleh dijadikan contoh. Tapi konsep yang sama.

Income yang sama, outcome pun sama..

"Integrity is doing the right thing, even if nobody is watching." 
Nie equation aku: 

Integriti= Kejujuran     

Income= Amanah     Outcome= Kepercayaan

Kejujuran + Amanah = Kepercayaan

"Integrity is conforming reality to our words - in other words, keeping promises and fulfilling expectations."
R Covey

Nak kasik clear, aku ada contoh untuk korang..

Tuesday, March 22, 2011

Weh, jom lepak..

Al kisah yang berjaya aku recall time kat maktab dulu..

Mai sini nak habaq..

Masa tue kami dapat overnight..
Then ada sorang kawan aku neh, (sapa ntah) cakap macam neh kat aku,

"Weh khairi, jom gi Masjid Sri Petaling.. Minggu neh ada orang tabligh (dari negara mana ntah) datang.. Macam best jer kalau dapat join.."

Then aku reply,

"Ala bro, aku malas arr.. Letih arr.. Sabtu neh ada training bola.. Konpem penat nyer.. Aku nak rest jer kott.."

Then, hari Jumaat tue member neh cakap kat aku,

Monday, March 21, 2011

Ikrar Seorang Pengamal Perubatan.. Part III

Declaration of Geneva


At the time of being admitted as a member of the medical profession:
  • I solemnly pledge to consecrate my life to the service of humanity;
  • I will give to my teachers the respect and gratitude that is their due;
  • I will practice my profession with conscience and dignity;
  • The health of my patient will be my first consideration;
  • I will respect the secrets that are confided in me, even after the patient has died;
  • I will maintain by all the means in my power, the honor and the noble traditions of the medical profession;
  • My colleagues will be my sisters and brothers;
  • I will not permit considerations of age, disease or disability, creed, ethnic origin, gender, nationality, political affiliation, race, sexual orientation, social standing or any other factor to intervene between my duty and my patient;
  • I will maintain the utmost respect for human life;
  • I will not use my medical knowledge to violate human rights and civil liberties, even under threat;
  • I make these promises solemnly, freely and upon my honor.

Sunday, March 20, 2011

Jangan terlalu..








Aku ada terbaca artikel yg menarik kat fb..


kalau nak baca huraian dia, nah amik link neh..

Aku tertarik ngan beberapa ayat yang memang menarik..

"Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak."
"Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkn menyukai awak."
"Jangan terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.."


Saturday, March 19, 2011

Aku Mangkuk Tandas..

Bukan apa, just teringat zaman sekolah rendah dulu..
Selalu cikgu suruh buat esei genre macam neh..
Mesti korang teringat gak kan?

Tapi ari neh aku tak nak tulis panjang2..
Nak buat esei setengah muka buku latihan saja.
Mampus la cikgu BM nak kasik berapa banyak bintang pun..

Friday, March 18, 2011

La Tahzan..

Before apa-apa, aku nak highlight something neh..
Aku tak penah baca buku La Tahzan okey..
So, entri kali neh memang tak da kaitan ngan buku tue.
Tapi, kalo korang baik hati, hadiah kan la buku tue kat aku yer!

Dah-dah.. Post kali neh aku nak korang jawab soklan aku dulu..

"Why do you sad?"

"What do people normally do when they sad?"

"What do you feel when sad?"

Dah jawab?
Jawab la dulu.. Baru syok baca entri neh..

My answer plak..

Thursday, March 17, 2011

Journey


The Journey is The Reward

Savour The Journey

Go On an Adventure, See The Whole World

Record Your Adventure,
like what Ibn Battuta did!

The Most Precious Time of Your life is When You Are Young

When you are around 40 to 50 years old,
the time you remember most is your Youth

Life is a journey! Savour it, Record it and Appreciate it!

inspired by: Aunt Fadhilah
credit to: Nadiah Azli, Kak Yas

pss: thanks aunty.. It's great to meet you!

Wednesday, March 16, 2011

Kepada yang suka bergayut..

Nie antara artikel yang tersimpan kat dalam arkib muzium dashboard aku..

Bukan tak nak post or kongsi ngan korang tapi aku ada beberapa post yang macam lagi best dari artikel neh (sebab post kali nie memang kena batang idung aku sendirik, sebab tue jadik pekasam..)


‘Telefon bimbit boleh jejas aktiviti sel otak’

Metabolisme glukos meningkat di bahagian hampir antena


CHICAGO: Tempoh 50 minit untuk bercakap menerusi telefon bimbit yang dilekapkan di telinga, sudah cukup bagi menukar aktiviti sel otak yang paling hampir dengan antenanya.

Bagaimanapun, saintis di Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH), berkata sama ada keadaan ini akan menyebabkan sebarang kerosakan belum dapat dipastikan.

Ia juga dijangka tidak dapat menyelesaikan kebimbangan dan andaian bahawa penggunaan telefon bimbit mempunyai kaitan dengan penyakit barah otak.

“Apa yang dapat kami lihat ialah metabolisme glukos meningkat di dalam otak seseorang yang terdedah dengan telefon bimbit dan paling ketara di bahagian yang paling hampir dengan antena telefon bimbit itu,” kata pakar NIH, Dr Nora Volkow. Penyelidikan beliau diterbitkan di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.

Kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti reaksi otak terhadap medan elektromagnetik yang berpunca daripada isyarat telefon tanpa wayar.

Volkow berkata, beliau terkejut dengan bukti bahawa radiasi elektromagnetik yang lemah dari telefon bimbit boleh menjejaskan aktiviti otak, tetapi kajian itu tidak memberi jawapan sama ada penggunaan telefon bimbit menyebabkan barah.

“Kajian itu tidak memberi petunjuk sedemikian. Apa yang dilakukan kajian ini ialah untuk menunjukkan bahawa otak manusia adalah sensitif kepada radiasi elektromagnetik akibat penggunaan telefon bimbit.

Penggunaan telefon bimbit meningkat secara dramatik sejak peranti itu diperkenalkan pada awal hingga pertengahan 1980-an dan kini 5 bilion telefon bimbit digunakan di seluruh dunia.

Sesetengah kajian menga-itkan penggunaan telefon bimbit dengan peningkatan penyakit barah otak tetapi kajian yang dijalankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak dapat memberi keputusan muktamad.

Pasukan Volkow membuat kajian ke atas 47 orang yang menjalani imbasan ketika telefon bimbit digunakan selama 50 minit, manakala satu kumpulan lagi diimbas ketika telefon bimbit dimatikan. – Reuters

credit to: berita harian

Tuesday, March 15, 2011

RM1 vs RM50


Nak kongsi ngan korang utk meningkatkan kesedaran sivik..
Di harap korang dapat pikir dengan mendalam lah yar!!

Cerita yang femes bangat neh..
Tapi aku edit sikit, utk sesuaikan ngan golongan majoriti readers blog neh..

Wokeh-wokeh,

Cherita dia cenggini..


Pada suatu hari,

Monday, March 14, 2011

Ikrar Seorang Pengamal Perubatan.. Part II

Hippocratic Oath Modern Version:

I swear to fulfill, to the best of my ability and judgment, this covenant:

I will respect the hard-won scientific gains of those physicians in whose steps I walk, and gladly share such knowledge as is mine with those who are to follow.

I will apply, for the benefit of the sick, all measures [that] are required, avoiding those twin traps of overtreatment and therapeutic nihilism.

I will remember that there is art to medicine as well as science, and that warmth, sympathy, and understanding may outweigh the surgeon's knife or the chemist's drug.

I will not be ashamed to say "I know not," nor will I fail to call in my colleagues when the skills of another are needed for a patient's recovery.

I will respect the privacy of my patients, for their problems are not disclosed to me that the world may know. Most especially must I tread with care in matters of life and death. If it is given to me to save a life, all thanks. But it may also be within my power to take a life; this awesome responsibility must be faced with great humbleness and awareness of my own frailty. Above all, I must not play at God.

I will remember that I do not treat a fever chart, a cancerous growth, but a sick human being, whose illness may affect the person's family and economic stability. My responsibility includes these related problems, if I am to care adequately for the sick.

I will prevent disease whenever I can, for prevention is preferable to cure.

I will remember that I remain a member of society, with special obligations to all my fellow human beings, those sound of mind and body as well as the infirm.

If I do not violate this oath, may I enjoy life and art, respected while I live and remembered with affection thereafter. May I always act so as to preserve the finest traditions of my calling and may I long experience the joy of healing those who seek my help.

Next: Declaration of Geneva

Sunday, March 13, 2011

Don't Be Late..

Terlewat?
Oversleep nie kira benda yang 'adi' or biasa la jadik kat mana-mana tempat serata dunia neh..
Lagi-lagi time winter2 yg sejuk dan berangin neh..

Aku?
haha, memang kerap jugak la dulu masa mula-mula sampai kat Jordan neh..
Maklumlah, belum biasa ngan cuaca sini..
Walaupun sekarang dah tahun ke-2, still terbawak-bawak jugak.. hehe

Aku ingat lagi satu hari tuh..
Time tue aku terlewat bangun.. Nak gi kelas..

Apa lagi, haha
standard la kelam kabut kalo terlewat bangun..
then,

Saturday, March 12, 2011

Manchester United Did It !!

Fabio scored the first goal !

English FA Cup
March 12, 2011
Old Trafford, England
Referee: C Foy

Full Time Result:
Manchester United 2-0 Arsenal

Scorer:
Fabio Da Silva (28')
Wayne Rooney (49')

"One More Year Van Der Sar !!"

Rooney head the second !

Subs:
46' - Valencia for Fabio
59' - Chamakh for Denilson
64' - Giggs for Rafael
72' - Rosicky for Arshavin
72' - Ramsey for Diaby
80' - Scholes for Evra

Mengapa Sukan Malaysia Tak Power? (Part-I)

Kat sini aku tak nak sentuh pasal game yang melibatkan tangan dan game perseorangan seperti badminton, skuasy, or bowling.. Korang pun dah sedia maklum kan.Tapi aku nak sentuh sports lain. Contohya basketball, ragbi dan game paling famous, bola sepak ..


Korang penah fikir tak kenapa USA walaupun 'buta huruf' dalam bola sepak tapi still leh masuk final World Cup 2010 hari tue?

Aku tak nak cakap banyak-banyak. Aku nak sentuh satu point jer hari nie. Next point kat next post plak, dalam tajuk yang sama..

Point: 
Mentaliti Masyarakat Malaysia itu sendiri..!

Sampah Masyarakat..


Post kali neh bukan nak cakap pasal penagih dadah ke perempit ke apa keyh..
Tajuk sampah masyarakat nie memang sebab aku nak cerita pasal sampah..!

Tapi cuba kita definisi kan sampah masyarakat neh..

Sebab apa jadik sampah masyarakat? sebab tak da sesapa pun kesah dan teringin nak dekat..
so pepandai la korang adjust nak ketegorikan something tue sampah masyarakat ke tak..
kalo match ngan definisi, boleh jer la kan?

Friday, March 11, 2011

Jom Join Bloglist Blogger Baru

Nak tingkatkan orang lalu lalang depan korang tak?
Kalau nak, jom join.. Aku pun baru nak join neh..

..klik untuk join..

A Cup of Tea

This entry really need a full attention. The creativity of imagination. And the will to think to the deepest mind..

Just imagine..

You empty a litre of drinking water into a kettle.. Then you lift it up, and place it on the stove. You boil it. After that, you pour the hot boiling water into a medium sized crystal clear tea cup.. Next, you pick up a yellow and well decorated wooden box located just in front of you, beside a line of milk, cocoa, and sugar jars. Before you slide over the top cover to reveal the content, the label on the front came right into your eyes. "Earl Grey Tea. Black tea with natural oil extracts." There's a picture of a lady, plucking a red flower decorated in between those words..

Thursday, March 10, 2011

JUST Campus Election..

IRBID: Today is one of the most awaited day for all JUSTinians. For what? To voice out our right! Our right to choose the leadership of our beloved faculty, the Faculty of Medicine and Surgery. Hope, joy, tense and others are well mixed today. The busiest day, highest number of crowd ever witnessed with my bare eyes.

I'm not going to spoil the colourful day of today by describing it. Let the picture explain everything! Enjoy!

Where's Everyone?

Its Really Weird..

Something weird happening right now.. Sedang korang semua ngah tido.. (kat Jordan).. Aku takot.. Tanda kiamat ke neh?

Sembang Kedai Kopi


Sembang kedai kopi,
Sambil pekena satu dua roti,
Cakap memang berapi,
Tapi buat hampeh tak reti.


Sembang kedai kopi,
Sambil main dam haji,
Tangan ngan mulut tak berhenti,
Mata plak tengok sana sini.

Wednesday, March 9, 2011

Surat Dari FIFA..

Aku baru jer menge'check' gmail aku tadi..
mail nie kira secondary email aku la..
(khas utk benda2 yg kurang penting a.k.a. duniawi semata-mata)

Ada something yg menarik perhatian dalam inbox aku:

FIFA ada hantar surat tidak rasmi kat situh.
FYI, aku selalu kipas FIFA.
Kalo ada apa2, mesti diorg roger aku punya..

Coca-Cola World Ranking Updated!!

Our Type..


Semalam aku post pasal pompuan, ri neh pasal laki plak..
Baru adil dan saksama..

Enjoy!!

GUYS..


1. The Romantic: He believes in classic romance. He is constantly bringing her flowers and chocolate and lighting candles during dinner. He calls her often to let her know he is thinking about her and looks into her eyes and tells her how he feels.
Why he is so irresistible: A woman loves to feel appreciated, and the romantic guy makes this happen. He uses romantic gestures to show her he is thinking about her. As an added bonus, she feels free to reciprocate and act on her own romantic tendencies.

Tuesday, March 8, 2011

Bersakit-sakit dulu..

Hah, entri kedua dalam label neh.. (sebab aku kira intro sekali)
Idea datang time ngah jawab exam tadi..
(what the hack? time exam sempat pikir modal nak edit blog)


Bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian..

Korang ingat senang ke nak senang?
Kalau korang memang gifted, aku kena zip mulut neh ketat-ketat la..

Yes, kejayaan tuh tak datang bergolek macam bola..
Nak tak nak korang kena carik!
Tapi kadang2 kita lupa, ada satu stage sebelum kita berjaya..

Stage apa?
"Stage FAILURE"

Your type..


9 Wanita disukai lelaki


WANITA itu adalah perhiasan seisi dunia. Dan sebaik-baik perhiasan itu adalah yang menyejukkan mata. Yang menyejukkan mata itu juga biarlah yang mendamaikan hati.
Orang selalu sebut cinta itu akan lahir dari mata lalu turun ke hati. Dari penglihatan dan penampilan seseorang itu sahaja kita boleh membuat anggapan awal terhadap seseorang walaupun tidak semuanya tepat.
Hari ini saya kongsikan 9 wanita yang sering diminati dan disukai oleh kaum lelaki
1. Kuat agama.
Lelaki yang soleh adalah diciptakan untuk wanita yang solehah. Andai anda mahukan ciri suami anda itu adalah seorang yang beriman dan beragama, maka seharusnya anda perlu memenuhi diri anda dengan kriteria itu juga. Lelaki yang benar-benar ikhlas dalam percintaannya akan memilih ini sebagai perkara asas pertama dalam mencari bakal isterinya.

Monday, March 7, 2011

Fail Exam? Nasib ah...

Before korang baca komen aku, aku syorkan korang baca post nie dulu..

Hasil nukilan salah seorang blogger yang aku follow..
Tajuk post nie pun aku tak tukar..
Same as the original from the site..

From my point of view:

Ikrar Seorang Pengamal Perubatan.. Part I

Saja nak kenalkan korang dengan dengan Hippocratic Oath..

Tapi jangan ikut plak!
Syirik neh!!
Sebab ada yang Islamic punya..
Saja nak tunjuk, sekadar tahu bila ada sapa-sapa tanya..

Original Hippocratic Oath:

I swear by Apollo, the healer, Asclepius, Hygieia, and Panacea, and I take to witness all the gods, all the goddesses, to keep according to my ability and my judgment, the following Oath and agreement:

To consider dear to me, as my parents, him who taught me this art; to live in common with him and, if necessary, to share my goods with him; To look upon his children as my own brothers, to teach them this art.

I will prescribe regimens for the good of my patients according to my ability and my judgment and never do harm to anyone.

I will not give a lethal drug to anyone if I am asked, nor will I advise such a plan; and similarly I will not give a woman a pessary to cause anabortion.

But I will preserve the purity of my life and my arts.

I will not cut for stone, even for patients in whom the disease is manifest; I will leave this operation to be performed by practitioners, specialists in this art.

In every house where I come I will enter only for the good of my patients, keeping myself far from all intentional ill-doing and all seduction and especially from the pleasures of love with women or with men, be they free or slaves.

All that may come to my knowledge in the exercise of my profession or in daily commerce with men, which ought not to be spread abroad, I will keep secret and will never reveal.

If I keep this oath faithfully, may I enjoy my life and practice my art, respected by all men and in all times; but if I swerve from it or violate it, may the reverse be my lot.

Next post: Hippocratic Oath Modern Version

Sunday, March 6, 2011

Ngantuknyer study!!

Hah.. Nie prob utama aku kalo bab study.. Mesti dak2 neh gelak bila study ngan aku..

"ko neh khairi, kalo ngadap laptop main CS, sampai subuh ko boleh jaga, bila ngadap lecture notes, baru satu page dah pengsan"

Aku ada terjumpa satu artikel neh.. Harap sesapa yang sama kapal ngan aku (syahid awal time study), meh la pakat2 try yer!


Tip belajar – macam mana nak hilang mengantuk masa study?


1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.

Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.

6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda.

Selamat berjaya.

http://sangmentari.wordpress.com/2010/05/18/tip-belajar-macam-mana-nak-hilang-mengantuk-masa-study/

Super Sundae..



haha.. sundae merah sebab 'clash of two reds'
dan macam akan ada team yang enak dimakan begitu sahaja

Meh teman nak kabo kat korang..
Kejap jer lagi (dalam beberapa jam),
Setan Merah akan buat rombongan ke sungai Merseyside..

Bukan untuk memancing tapi,

Untuk..

Kutip tiga mata pas ilang ngan team Biru ari tuh..

Dan..

'Dating'
Dua member baik yang amat kamceng..


Ferguson ngan member muda2 dulu, Dalglish

Member tetap member bro, tapi atas padang lain cerita keyh..

Setakat neh Liverpool dah 5 kali 'unbeaten' kat home ground. Man U plak baru jer pas kalah kat away ground.

Kalau head-to-head statistic plak, season neh Man U dah dua kali menang kat Old Trafford dan Liverpool pun dah dua kali (kalo tak silap) menang kat Anfield. So, game agak fair..



Harap-harap la Manchester dapat walk away from Anfield dengan tiga mata penuh

Dan

'Liverpool will walk alone'

Maklumat pasal game:

Hari pertama dalam minggu neh.. (Ahad)
Antara game yg akan jadik tumpuan (Super Sunday)
Main pas solat zohor (pukul 1.30 tgh hari)
Tempat agak strategik (sebelah sungai Merseyside)
Cuaca agak baik (matahari ada, awan pun ada)
Suhu suam-suam kuku ( 0 - 8 darjah celcius)

Ramalan tukang tilik 'Istana Seri Muka':

Mencester 2- 1 Liverfool

Sekian..

Saturday, March 5, 2011

Before korang buat Braces..


Hukum Memakai Pendakap Gigi (Braces)

Soalan : Apa hukum pakai pendakap gigi? Adakah ia sama seperti mengubah kejadian ALLAH seperti tatoo?
Jawapan:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-ALLAH.
Nabi sawbersabda :
لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan” – (Shahih Muslim #3966).
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
( المتفلجات للحسن ) فمعناه يفعلن ذلك طلبا للحسن , وفيه إشارة إلى أن الحرام هو المفعول لطلب الحسن , أما لو احتاجت إليه لعلاج أو عيب في السن ونحوه فلا بأس والله أعلم .
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”
Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.
Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.
Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
تقويم الأسنان لأسباب صحية جائز شرعاً، بل قد يكون مطلوباً أيضاً
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”
Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.

Friday, March 4, 2011

My 'Code of Life'..

Dalam entri yang first dalam label 'Code of Life (CoL)', aku ada sebut pasal nak list down all five codes. So, entri nie aku tak mau tulis panjang-panjang. Aku cuma nak list macam yang aku dah janji.

KHAIRI SYAFIQ NAN's
-CODE OF LIFE-

BELIEVE IN YOURSELF

ISLAM IS THE WAY OF LIFE

TIME IS PRECIOUS

IMPOSSIBLE IS NOTHING

PRACTICE WHAT YOU PREACH

Sounds familiar kan? Tapi tak dak sapa yang nak betol-betol fikir sebab apa orang selalu sebut pasal benda-benda neh.

Buat masa neh, aku masih dalam proses mengadaptasi semua code neh. Then, maybe after neh aku akan cuba come out with more codes.

Thanks sebab sudi baca entri nie. Aku harap korang boleh bagi support dalam proses pematangan diri aku neh. Kalo ada apa-apa, just mail me..

Sekadar perkongsian dengan readers.

Belajar Setiap Hari..

aper la tulisan cakar ayam dalam gambo neh kan.. reti menulih ke idok?

Aku bukan nak mengomen gamba kat atas..

Tapi,
Ada pengumuman..

Aku nak buat satu label baru..
"Lesson of The Day"

---> sebab setiap ari sepatotnya kita belajaq benda baru..
Amik iktibar orang kata.. Baru la tak bengap!

Tapi aku tak bleh la nak tulis ari2..
Mau kering kepala kalau ari2 nak perah hotak neh..
Tapi jangan risau, aku cuba kongsi jugak ngan korang..

Tengok la, kalau rajin aku tulih..
Kalo aku malas, korang doa2 la yer..

Semoga aku dapat kongsi apa yang aku dapat setiap hari..
'Sharing is Caring'
(Tak salah kan kalau nak kongsi.. kan kan kan..)

Thursday, March 3, 2011

Song of The Month (March)

Sumpah aku dah tired ngan cara hidup aku sekarang neh..
Dah tak larat nak hidup dengan penuh penipuan, a perfect lie.
Dah tak larat nak cari alasan untuk berhadapan dengan semua orang.

Dah terlalu lama, dah terlalu jauh aku berjalan, sekarang aku cuma nak berterus terang.
I'm gonna give all my secrets away!

Setiap tali ada hujungnya, setiap pilihan ada consequences nyer..
Lagu neh aku pilih bukan sebab best semata-mata tapi terlalu tepat dengan apa luahan hati aku sekarang neh.


One Republic
Secrets

I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess

'Til all my sleeves are stained red
From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no
I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that will like those ears
Sick of all the insincere
I'm gonna give all my secrets away

This time
Don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

My God
Amazing that we got this far
It's like we're chasing all those stars
Driving shiny big black cars

And everyday I see the news, all the problems that we could solve
And when a situation rises, just write it into an album
Seen it straight to gold
I don't really like my flow, no, so
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/o/one_republic/secrets.html ]
Tell me what you want to hear
Something that will like those ears
Sick of all the insincere
I'm gonna give all my secrets away

This time
Don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'mma tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that will like those ears
Sick of all the insincere
I'm gonna give all my secrets away

This time
Don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

So tell me what you want to hear
Something that will like those ears
Sick of all the insincere
I'm gonna give all my secrets away

This time
Don't need another perfect lie
Don't care if critics ever jump in line
I'm gonna give all my secrets away

All my secrets away
All my secrets away

Coklat 'Super Food' ?


Kajian menunjukkan Dark Chocolate dan Cocoa Powder mengandungi kandungan Antioxidant yang tinggi weh!!

Hahaha.. Nie memang feveret aku. Selalu makan coklat. Dari kecik sampai besar, tak penah muak makan coklat.. Cakap saja coklat apa, semua aku bedal. Dark chocolate, milk chocolate, Nini coklat celup, semua masuk..

Before aku membebel panjang-panjang, korang tau tak apa itu 'super food'?

Makanan ngan bebuahan kalo nak masuk kategori super neh kena ada dua jenis antioxidants iaitu polyphenols ngan flavonols.. Sebab apa super food? sebab bagus untuk kesihatan la..

Antioxidant activity dark chocolate ngan cocoa powder neh lebih kurang sama la macam super fruit yang dah memang femes kat dunia neh. Contohnya acai berry, blueberry, 'The Cranberries', and pomegranate (rumman -> buah syurga neh.. ada tulis kat dalam surah Ar-Rahman)

Tapi,

dalam satu kajian (korang tau tak pasal Hershey? diorang la yg conduct..), diorang compare flavonol and polyphenol content ngan antioxidant activity serbuk koko dan dark chocolate vs. super fruits, termasuk la acai, blueberry (bukan black berry), cranberry, and delima. Result dia? "The antioxidant activity of cocoa powder was higher than all other super fruit powders analyzed.", cakap pak cik yang pakai lab coat tuh..

Owh, kejap2.. korang tau tak apa antioxidants neh? Antioksidants neh adalah compounds untuk fight damaging effects of oxidative stress ke atas cells dalam tubuh badan kita neh dan.. baik untuk kesihatan jantung!

"These substances help keep the arteries healthy and are protective against cardiovascular disease," cakap mak cik Suzanne Steinbaum, MD dalam cardio. "When looking for a sweet snack, a square of dark chocolate might, in fact, be your healthiest choice!"

Kekacang koko neh adalah seeds buah dari pokok jenis Theobroma cacao. Pokok neh femes kat Malaysia sebab kita antara pengeksport utama koko dunia.. Even kat Jordan neh pun, bila aku gi 'souq balad' (orang Penang kata market, orang JB kata pasar), time ngah jalan2, mesti nampak la koko Malaysia diorang letak dalam guni. Kadang-kadang pak cik tue siap rekemen lagi, "kakao malizia, ahsanul kakao" hahaha.. Tapi aku beli Winner jugak, wakaka..

SOURCES: Crozier, S. Chemistry Central Journal, published online Feb. 6, 2011.News release, BioMedCentral.Suzanne Steinbaum, MD, preventive cardiologist, Lenox Hill Hospital, New York.

Thumbs up untuk cokelat!!

Tuesday, March 1, 2011

Maafkan Aku Semua.. =(

Assalamualaikum wbt..

Kat sini aku nak buat satu kenyataan rasmi yang semua orang boleh view. Sorry la, aku bukan artis atau apa yang leh wat press conference tapi aku cuba guna medium neh sebaik mungkin untuk aku cuba communicate ngan korang semua.

Aku susun semua 21 jari yang aku ada,
mohon maaf pada korang semua secara terbuka
andai aku ada salah silap ngan korang semua..

Aku tawu, APOLOGIZE IS A BITTER CHARITY, tapi

Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan, atau menyembunyikannya, atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan terhadap kamu), maka sesungguhnya Allah adalah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa
-Surah An-Nisa, ayat 149-

Bukan aku kat sinih nak guna ayat quran sebagai alasan atau apa tapi aku amat harap pada korang semua untuk maafkan aku. Kesalahan pada manusia, kita settle antara manusia.

Sama ada korang kenal aku atau tak, kalo korang baca post neh, maafkan aku yer. Aku dah lama maafkan kesalahan korang pada aku. Aku dah tak da simpan apa-apa dengki atau dendam pada korang. Segala salah dan silap korang semua aku maafkan.

Ya, aku maafkan korang semua. AKU MAAFKAN SEMUA. Kalo dulu ada yg aku tak ngaku kawan, sekarang korang leh la nak rapat-rapat.

Kalau korang menyampah tengok muka aku, malu nak ngaku aku sebagai kawan, atau sesapa yg sakit hati ngan aku (tak kesah la sebab korang penah keja ngan aku ka korang penah bermusuh ngan aku ka apa ka) aku amat berharap korang dapat maafkan aku.

Kadang-kadang aku tak sedar apa kesalahan aku. Kita memang selalu tak sedar kalau kita lakukan kesalahan. Hanya orang sekeliling yang mampu nilai kita buat kesalahan atau tidak. Terpulang pada korang la nak nilai sejauh mana salah dan silap aku.

Aku amat menyesal aku banyak buat salah kat korang.

Dan,

Aku nak guna kesempatan nie jugak untuk aku mintak maaf atas segala penipuan atau pembohongan yang terpaksa aku buat dulu.

Mungkin korang tak paham kenapa aku buat semua neh tapi aku sedar itu pilihan yang paling bodoh penah aku buat untuk tidak berterus terang. Sekarang aku rasa aku dah mampu nak hadapi kenyataan. Aku dah tak perlu hidup dalam pembohongan lagi.

Dan aku perlu korang maafkan aku. Aku dah tak larat nak idop dalam penipuan.

Ada pepatah arab cakap,
Lying is like a rope. No matter how long it is, it must have its end.
So, aku rasa sudah tiba masa aku confess. Aku dah tak nak create apa-apa perfect lies. Aku cuma nak 'clean'..

Di sini dengan lafaz,

Minta maaf banyak2, I'm so Sorry, Aseef Jiddan

aku harap korang maafkan aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...